Pasti ramai yang dah selalu cuba resepi kuey teow goreng. Namun begitu, pernahkah anda merasa kuey teow goreng versi Cina yang sedikit berbeza dari biasa?
Kuetiau goreng ini biasanya digoreng menggunakan kuali wok. Ia juga dimasak pada suhu yang tinggi dengan tempoh masa yang sekejap.
Oleh kerana menggunakan kuali wok, masakan ini mempunyai bau ‘hangit-hangit’ kuali yang membangkitkan selera! Ditambah pula dengan adanya cili potong, memang gabungan yang serasi!
Jika ada yang mahu mencuba, boleh lihat resipi penuh yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman sesawang Facebook bernama Emee Sham di bawah.
Baca juga: Resipi Ginger Beef Kuetiau Ala Restoran Cina, Lagi Puas Hati Masak Sendiri
Bahan-bahan:
Cara memasak:
1. Mula-mula, leraikan kuetiau dan ketepikan seketika.
2. Sediakan kuali, guna api besar. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang putih yang sudah dicincang. Masak guna hujung sudip.
3. Kemudian, masukkan udang yang sudah dibuang kulit. Kacau sehingga rata.
4. Selepas itu, masukkan kuetiau dan gaul menggunakan api besar.
5. Masukkan juga cili kisar dan sambung gaul lagi.
6. Seterusnya, masukkan kicap cair, sos tiram dan kicap pekat. Gaul sehingga semua bahan bercampur rata.
7. Tolak kuetiau ke tepi, pecahkan telur dan biarkan seketika sebelum digaul rata.
8. Akhir sekali, letakkan tauge, daun kucai dan serbuk lada sulah. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Facebook Emee Sham via Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Baca juga: Tip Goreng Kuetiau Tak Hancur Dan Lembik, Ini 9 CARA Yang Boleh Dicuba
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…