Categories: Resipi

Resipi Kuetiau Theng, Makan Waktu Musim Hujan Confirm Tak Cukup Semangkuk

Bila tiba cuti sekolah, pastinya mak-mak yang paling sibuk memasak dari pagi sampai malam. Kalau nak hidangan yang simple tapi sedap, boleh cuba resipi kuetiau theng ini.

Boleh buat banyak sekaligus dan hidangkan untuk makan tengah hari hingga ke malam. Bila nak makan, tinggal panaskan sahaja kuahnya. Dijamin, sekali makan pasti bertambah-tambah!

Baca juga: Resipi Kuetiau Goreng Basah-Basah, Setiap Kali Masak Mesti Licin Punya!

RESEPI KUETIAU THENG

Bahan-bahan sup:

  • 3L air
  • Tulang rangka ayam + 2 paha ayam
  • 2 inci halia
  • 2 batang celery
  • 1 batang carrot
  • 1 batang lobak putih
  • 1 biji bawang besar holland

Cara-cara memasak sup:

  1. Reneh semua bahan selama 1 jam – 1 ½ jam.
  2. Keluarkan ayam bahagian paha selepas 30 minit untuk elak isi hancur. Carik halus untuk dimakan bersama noodles.
  3. Dalam resepi asal, ikan kering bakar ditumbuk dan dimasukkan dalam chicken broth untuk rasa lebih umami. Boleh abaikan jika alahan pada bau ikan kering.
  4. Tumis 5–6 ulas bawang putih sehingga kekuningan.
  5. Masukkan chicken broth sahaja (sudah ditapis). Reneh sekejap. Tambah garam dan sedikit serbuk perasa.

Bahan-bahan lain:

  • Kuetiau halus
  • Tauge (celur sekejap supaya masih rangup)
  • Daun sup (dicincang halus)
  • Chili oil pedas
  • Fishcake (dihiris nipis)
  • Cili potong dicampur kicap cair masin

Cara menghidang:

  1. Celup mangkuk dalam air panas mendidih selama 5–6 saat untuk kekalkan suhu panas kuah lebih lama (cara kedai Chinese, Korea & Jepun).
  2. Susun semua bahan dengan kemas di dalam mangkuk.
  3. Tapis kuah untuk setiap mangkuk supaya dapat warna sup yang cantik.
  4. Untuk lebih sedap, hidangkan bersama garlic oil dan scallion oil.

Sumber: Khairuzetti Zaini Collections

Baca juga: Cara Basuh Kuetiau Supaya Tak Lembik Dan Melekat, Barulah ‘Perfect’ Kejadiannya!

Wan N

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

8 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

8 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

9 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

9 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

9 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

13 hours ago