resepi kuah pecal

Rindu kepada insan tersayang kadangkala hadir tanpa diduga, samalah seperti perkongsian resepi Kuah Pecal ini. Rasanya manis, pedas dan sedikit masam, tapi penuh dengan kenangan.

Kuah Pecal ialah sejenis sos atau kuah kacang yang digunakan dalam hidangan tradisional Nusantara, terutama di Malaysia dan Indonesia. Biasanya ia dihidangkan bersama sayur-sayuran celur atau kukus, kadangkala dengan nasi atau lauk lain.

Dalam satu perkongsian di Facebook, Zalina Rubin turut berkongsi resepi Kuah Pecal dengan cara yang mudah diikuti dan hasilnya sedap luar biasa. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Dapat Resepi Kuah Kacang Daripada Peniaga Sate, Sedap Lain Macam!

RESEPI KUAH PECAL

resepi kuah pecal

Bahan-bahan:

Cara-cara buat:

1. Goreng semua bahan di atas api kecil sehingga garing.

2. Setelah sejuk, masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam chopper untuk dikisar.

3. Dalam mangkuk lain, campurkan bahan kisar dengan gula, garam dan serbuk perasa mengikut rasa (lebih kurang 3 senduk gula untuk jumlah bahan ini).

4. Semasa membancuh kuah, tambahkan air asam jawa sedikit demi sedikit mengikut keperluan. Air panas digunakan untuk membancuh agar kuah sebati.

resepi kuah pecal

Setiap suapan daripada resepi Kuah Pecal ini bukan saja lazat, tetapi juga membawa kembali memori manis bersama keluarga. Cubalah sendiri di rumah, pasti keluarga anda menyukainya.

Selamat mencuba!

Sumber: Zalina Rubin

Baca juga: Kuah Rojak Petis Pekat Berkilat, Buat Sendiri Di Rumah Lebih Puas Hati!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN