Pada pagi di Hari Raya, ramai yang mula bertungkus lumus di dapur untuk menyiapkan juadah raya. Sudahkah anda tahu resepi Kuah Lodeh simple tapi sedap?
Kuah Lodeh adalah kuah yang biasa dimakan bersama nasi impit atau ketupat. Sesiapa yang berasal dari Johor pasti sudah cukup biasa dengan hidangan ini.
Hidangan ini cukup mudah disediakan kerana ramuan utamanya hanyalah santan dan sayur-sayuran seperti kacang panjang, kobis, lobak merah, terung dan sebagainya.
Semestinya anda nakkan menu hidangan raya yang cukup mudah dibuat. Oleh itu, kami kongsikan resepi Kuah Lodeh simple daripada Nur Shafika di Facebook ini.
Baca juga: Resepi Menarik Hari Raya, Jom Cuba Nasi Goreng Kuah Lodeh Yang Lazat
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Kisar bahan bertanda (*)
2. Tumis bahan kisar dan serai sekejap, kemudian masukkan air sehingga mendidih.
3. Masukkan sayur yang keras, diikuti pula sayur yang lembut.
4. Masukkan santan pekat, tempe, udang, cili merah dan garam, kemudian sesuaikan rasa dan kepekatannya. Siap untuk dihidang!
Gabungan Kuah Lodeh bersama nasi impit atau ketupat, ditambah pula dengan telur rebus dan kuah kacang atau sambal tumis pasti meningkatkan selera anda sekeluarga.
Sesetengah orang lebih sukakan tauhu berbanding tempe. Anda boleh saja menukarnya asalkan kena dengan citarasa.
Bak kata orang, tak lengkaplah juadah raya tanpa Kuah Lodeh yang sedap bukan? Dengan resepi ini, dapatlah anda bersiap dengan sempurna pada Hari Raya.
Jangan lupa untuk gunakan resepi Kuah Lodeh simple ini sebagai menu utama untuk santapan keluarga di pagi di Hari Raya nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Nur Shafika
Baca juga: Apa Beza Lodeh & Lontong? Ramai Ingat Sama, Wanita Ini Jelaskan Bezanya
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…