Categories: Infomasi

Resepi Kimbap Homemade Yang Patut Korang Cuba Terutamanya Buat Penggemar Makanan Korea

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-12-15 04:17:36

Kimbap adalah makanan Korea yang diperbuat daripada nasi putih dan ditambah dengan bermacam bahan dan digulung dalam lapisan seaweed kering (kim/gim). Kira macam nasi gulung la ni.  Korea ada kimbap, Jepun pula ada sushi. Bezanya, nasi kimbap ditambah dengan minyak bijan, sushi pula ditambah vinegar. Inti pun berbeza.

 

Tetapi, disebabkan semenjak kenaikan kes Covid-19, mungkin banyak restoran yang menghadkan menu dan waktu operasi dan menyebabkan ada antara anda yang tak dapat menikmati juadah kegemaran ini. Jangan risau, sebenarnya mudah sahaja nak buat kimbap. Bahan-bahannya juga mudah didapati. Jadi mari kita cuba resepi  Kimbap Korea Homemade yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefli di kumpulan Resepi Masakan Semudah ABC di Facebook.

 

 

Kredit: Zurina Zulkefli

 

 

Bahan-bahan:

  • 2 cawan beras sushi
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • Secubit garam halus
  • Kepingan rumpai laut
  • Tikar penggulung

 

 

Kredit: Zurina Zulkefli

 

 

Bahan inti:

  • 1 ikat bayam hijau
  • 1 batang timun
  • 1 batang lobak merah
  • 3 biji telur
  • Hirisan daging secukupnya
  • Sos tiram secukupnya
  • Serbuk lada hitam secukupnya

 

Kredit: Zurina Zulkefli

 

 

Cara masak nasi:

  1. Basuh beras dan tanak seperti biasa. Air guna sukatan jari (boleh ikut sukatan pada paket beras).
  2. Setelah nasi masak, letak dalam mangkuk kemudian tambahkan 1 sudu teh minyak bijan dan secubit garam halus, gaul rata.
  3. Kalau nak guna beras biasa pun boleh tapi pastikan ditanak lembut dan tidak lembik.

 

 

Kredit: Zurina Zulkefli

 

 

Cara masak inti:

1. Petik bahagian bayam hijau yang lembut. Celur 2 minit, angkat dan toskan.

2. Untuk timun, potong memanjang dan buang bahagian empulur yg berjus.

3. Buang kulit lobak merah dan hiris memanjang kemudian sangai dalam kuali supaya sedikit lembut. Boleh tambah secubit garam.

4. Dalam bekas berlainan, pecahkan telur dan tambahkan secubit garam. Masak seperti menyediakan telur dadar. Bila dah masak, hiris memanjang.

5. Untuk daging pula, perap bersama sos tiram serta serbuk lada hitam dengan secukupnya. Kemudian masak dalam kuali hingga jus daging kering. Boleh juga guna isi ayam, filamen ketam atau sosej.

 

 

Kredit: Zurina Zulkefli

 

 

Cara gulung kimbap:

1. Tebar tikar penggulung.

2. Alas sekeping rumpai laut.

3. Ratakan nasi ke atas rumpai laut (pastikan ada ruang).

4. Letak inti satu per satu. Lagi banyak inti lagi sedap.

5. Gulung dan tekap kimbap sepenuhnya agar gulungan kimbap menjadi kemas.

6. Sapu minyak bijan ke atas kimbap kemudian potong satu per satu. (boleh lakukan dengan titis minyak bijan pada tangan kemudian gosok pada gulungan kimbap hingga rata).

7. Untuk menikmatinya, boleh picit mayonis jenama kewpie diatas kimbap.

8. Sedia untuk dihidangkan.

 

 

Kredit: Zurina Zulkefli

 

Selamat Mencuba

Kredit: Zurina Zulkefli

myresipi

Recent Posts

Resepi Kek Marble Kampung, Gebu Molek Begini Mesti Ramai Suka Makan!

Seronoknya jika dapat nikmati bersama teh O atau kopi yang lazat pada waktu petang. Tak…

9 mins ago

Sotong Masak Lemak Padang, Sekali Hirup Kuahnya Memang Kena Dengan Selera!

Sekali-sekala nak cuba makanan Padang, apalah salahnya. Oleh itu, kami nak kongsikan satu resipi mudah…

13 mins ago

Resipi Asam Pedas Melaka, Kuah Likat Merah Buat Tak Jemu Makan!

Resipi asam pedas Melaka ialah hidangan tradisional yang terkenal dengan rasa masam dan pedas yang…

1 hour ago

Resipi Tom Yam Campur, Sebiji Macam Kedai Siam Kalau Letak ‘Susu’ Ini

Resepi tomyam campur ala kedai Siam ini memang padu, tak payah susah-susah pergi kedai. Selain…

2 hours ago

Resepi Roti Sardin Gulung Tanpa Serap Minyak, Rangup Sampai Ke Petang!

Apabila bangun pagi, perkara pertama yang kita akan fikirkan adalah tentang sarapan. Jika tiada idea,…

2 hours ago

Resipi Ayam Pedas Manis, Hidangan Beraroma Masam Manis Yang Wajib Cuba!

Ayam pedas manis adalah satu lagi resipi kreatif yang sesuai untuk mereka yang ingin mencuba…

3 hours ago