Resepi khanom pheak phun ini semakin terkenal dalam kalangan rakyat Malaysia. Ia sejenis manisan dari Thailand yang sangat sedap. Rasanya juga boleh dikatakan sama seperti kaswi pandan.
Menurut perkongsian oleh empunya resipi, Farida Eida, proses penyediaan kuih ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Lebih – lebih lagi jika ingin jadikan kuih ini cantik dan berkilat, kita kena kacau lama-lama di atas dapur.
Kuih ini juga sesuai dimakan bersama santan, nak makan dengan kelapa parut pun boleh. Ikut suka atas selera masing-masing.
Baca juga: Resipi Dessert Thai ‘Ruam Mitr’, Kenyal-Kenyal Macam Boba!
1. Masukkan semua bahan. Kacau-kacau bagi gula semua hancur.
2. Bila dah hancur semua, tapiskan. Masukkan dalam periuk, buka api.
3. Kacau sampai masak. Pastikan guna api perlahan ye. Saya kacau selama 1 jam 30 minit. Kacau sampai jadi berkilat.
4. Nak tekan guna acuan macam acuan kuih tart boleh atau nak potong macam bentuk kuih talam pun boleh.
5. Kuih ini boleh dimakan dengan kepala santan atau kelapa parut pun boleh. Ikut suka atas selera masing-masing.
Kredit resipi: Farida Eida
Baca juga: Kuih Kaswi Gula Merah, Kuih ‘Lejen’ Yang Tak Jemu Dimakan
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…