Pernah tak makan kerepek biji durian? Nampak macam pelik, tapi sebenarnya rasa kerepek ini sangat sedap.
Sekarang musim durian tengah banyak dan murah, bolehlah kita cuba buat kerepek yang unik ini.
Jadi selepas ini jangan buang biji durian ya, boleh diguna untuk dijadikan kerepek yang enak.
Cara penyediaanya juga cukup mudah, malah tidak memerlukan banyak bahan. Jom cuba!
Baca juga: Kerepek Pisang Mudah Guna 3 Bahan. Cukup Rasa Lemak, Masin & Rangup
1. Bersihkan biji durian. Jika rajin, boleh kikis kulit berwarna coklat. Jika tidak, boleh dibiarkan sahaja. Rendam biji durian dalam air garam semalaman.
2. Pada keesokan hari, sagat biji durian secara nipis-nipis.
3. Bila siap disagat, biarkan biji durian tadi selama 1-2 jam. Kemudian boleh goreng dalam minyak menggunakan api sederhana perlahan. Hirisan biji durian agak mengambil masa untuk garing. Pastikan selalu dikacau.
4. Kerepek menunjukkan tanda-tanda sudah masak apabila ia berasa ringan ketika dikacau. Bolehlah angkat dan toskan minyaknya.
Kredit resipi & gambar: Rozana Hashim
Baca juga: Kerepek Peria Garing Rangup, Ikut Cara Ni Takkan Rasa Pahit Sedikit Pun
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resipi ‘Durian Crepe Gebu’, Pertama Kali Buat Pun Menjadi & Sedap!
Peminat udang mesti seronok jika dapat makan masakan udang yang sedap. Sebelum itu, anda perlu…
Banyak cara digunakan untuk buat bentuk puding yang kreatif sampaikan boleh menarik perhatian ramai dan…
Kadangkala selepas masak nasi, tak sampai sehari ia sudah menjadi basi. Sebenarnya, ada cara elak…
Buat anda yang suka guna bahan masakan dengan air tangan sendiri di rumah, resepi Mee…
Sos hijau Yaman adalah sos pencicah untuk pelbagai jenis hidangan. Rasa pedas dan segarnya sangat…
Jika ditanya tentang kek yang mempunyai rasa mewah, semestinya ramai akan jawab Kek Sandwich Victoria.…