resepi kerabu mangga

Anda wajib cuba resepi kerabu mangga yang lain dari lain ini. Resipi ini sedikit unik kerana ada penggunaan ‘budu’ yang jarang ditemui pada resipi lain.

Kerabu mangga yang ditambah dengan budu sememangnya lebih ‘padu’. Lengkap dengan rasa masam, manis dan masin yang mengiurkan!

Makan pula dengan nasi panas dan ikan goreng, tak perlu lauk lain dah! Confirm sampai tak toleh kiri dan kanan. Jom kita cuba!

Baca juga: Kerabu Taugeh Air, Macam Cara Orang Dulu Dulu Guna Resipi Ini

RESEPI KERABU MANGGA LETAK BUDU

Bahan-bahan:

  • 12 biji mangga epal muda (yang sedang-sedang masak, senang nak sagat)
  • 5 batang bunga kantan
  • 5 biji bawang besar
  • 20 batang cili padi biasa, merah+hijau (tak guna cili kampung, takut pedas sangat)
  • 12 biji limau kasturi
  • Budu cap ketereh (rujuk pada gambar)
  • 2 senduk gula (kemanisan mangga juga mempengaruhi)

Cara-cara:

1. Sagat 12 biji mangga epal. Guna penyagat seperti yang dalam gambar untuk dapatkan hasil racikkan yang halus. Baru sedap nak kunyah.

2. Racik halus dan secara memanjang-manjang. Jangan buat pendek-pendek, tak cantik hasilnya nanti.

3. Masukkan bawang besar yang dipotong melintang untuk dapatkan potongan bawang yang memanjang, bunga kantan, cili padi warna warni supaya nampak cantik dan gula. Gunting atau potong semua bahan secara nipis-nipis.

4. Masukkan air limau yang sudah diperah dan dibuang bijinya. Tetapi kulit limau jangan dibuang, gunting halus-halus kulitnya, masuk sekali. Lagi sedap.

5. Goncang budu, kemudian masukkan satu botol budu ke dalam mangga tadi. Budu cap ketereh ini boleh dikatakan paling sedap.

Ada orang suka letak udang kering. Tak nak letak budu pun terpulang. Tapi percayalah, letak budu, confirm rasa ketagih nak makan lagi.

6. Gaul semuanya sampai sebati dan sekata. Kalau rasa kurang manis, tambah gula, nak pedas tambah cili padi. Boleh ubah ikut cita rasa masing-masing.

resepi kerabu mangga

7. Akhir sekali, masukkann dalam bekas yang sesuai untuk disimpan di dalam peti sejuk. Keesokannya, boleh makan dengan nasi panas dan ikan goreng. Selamat mencuba!

resepi kerabu mangga

Kredit resipi dan gambar: Aqida Hassan

Baca juga: Kerabu Kerang Ala Thai, Sedap Sampai Kecur Air Liur Dibuatnya!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN