Categories: Resipi

Mama Neelofa Kongsi Resipi Kerabu Ikan Bilis Masam Manis, Sedapnya…!

Ibu kepada selebriti terkenal Malaysia, Neelofa, yang lebih mesra dipanggil Mama Tini telah berkongsi satu resepi kerabu ikan bilis yang lazat.

Walaupun resipi ini sangat mudah dan hanya memerlukan sedikit masa untuk disediakan. Hanya perlu potong bahan dan tinggal gaulkannya.

Gabungan semua bahan yang tercampur dengan sempurna menghasilkan rasa masam dan manis yang seimbang, menjadikannya benar-benar menggoda!

Baca juga: Resipi Kerabu Ayam Goreng Ini Cukup Rasa Masam, Manis & Pedas, Sedap Ratah!

RESEPI KERABU IKAN BILIS MAMA NEELOFA

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis
  • Minyak masak
  • Bawang merah (dihiris halus)
  • Serai (dihiris nipis)
  • Daun limau purut (dihiris)
  • Cili padi (mengikut tahap kepedasan masing-masing)
  • Tomato (dihiris kecil)
  • Kacang botol (dihiris nipis)
  • Limau nipis
  • Gula melaka
  • Kicap sotong

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan bilis hingga garing dan rangup. Ketepikan.

2. Potong bawang merah, serai, daun limau purut, cili padi, tomato dan kacang botol. Pastikan semua bahan dihiris nipis untuk memudahkan gaulan nanti.

3. Dalam mangkuk kecil, campurkan kicap sotong, gula melaka dan perahan limau nipis. Sesuaikan rasa mengikut selera – jika suka masam, lebihkan limau dan jika suka manis, tambah gula melaka.

4. Dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan hirisan tadi bersama sos yang telah disediakan. Gaul hingga rata. Jangan lupa, masukkan daun limau purut dengan jumlah yang sederhana kerana jika terlalu banyak, ia boleh menyebabkan rasa kerabu menjadi pahit.

5. Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang sudah digoreng. Gaul lagi sekali sehingga semuanya bercampur dengan sempurna.

Kombinasi rasa masam manis dan pedas lauk ini pasti menggoda, dijamin puas makan dengan nasi panas-panas! Selamat mencuba.

Sumber: Senok Perut

Baca juga: Resipi Kerabu Buah Tembikai ‘Legend’, Lauk Kesukaan Orang Dulu-Dulu

Nasiha

Recent Posts

6 Kedai Teh Estetik Yang Wajib Dicuba, Penggemar Teh Ini Port Lepak Untuk Anda!

Orang kita memang pantang nampak sesuatu yang tengah viral atau apa saja yang trending. Dari…

1 hour ago

Resipi Ikan Selayang Rebus Goreng, Bau Yang Memikat Buat Ramai Terliur!

Ikan selayang rebus goreng adalah lauk kampung yang ringkas tetapi sangat enak dan pasti membuka…

2 hours ago

Puding Karamel Tanpa Telur, Resipi Tak Perlu Kukus Tapi Licin Kejadiannya

Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa memerlukan cara kukus atau bakar dan salah…

4 hours ago

Cara Buat Sizzling Yee Mee Mudah Di Rumah Tanpa ‘Hot Plate’, Gerenti Sedap!

Nak makan Sizzling Yee Mee tapi tiada hot plate pula. Jangan risau, anda boleh buat…

4 hours ago

Resepi Daging Bakar Thai, Ada Rahsia Pencicah Yang Sedap Menyengat!

Buat anda yang sedang mencari resepi Daging Bakar Thai yang menyelerakan, kenalah tengok yang kami…

4 hours ago

Resipi Pulut Kacau Paling Senang, Lembut Sama Macam Nenek Buat!

Resipi pulut kacau merupakan salah satu hidangan tradisional yang sangat digemari terutama bagi peminat rasa…

4 hours ago