kek tiramisu

Kek tiramisu, siapa yang tak kenal pencuci mulut popular dari Itali ini, kan? Gabungan rasa kopi, keju dan biskut memang membuatkan ramai terliur. Namun, ada yang ragu-ragu untuk cuba buat sendiri kerana resipi asal menggunakan telur mentah.

Sekarang ada resipi tiramisu yang lebih mudah dan selamat, tanpa telur mentah. Walaupun tak guna telur, rasa tiramisu ini tetap mantap! Krim mascarpone yang lemak berkrim, ditambah aroma kopi yang kuat dan biskut ladyfingers yang lembut memang kombinasi yang sempurna.

Jom cuba resipi tiramisu tanpa telur ini! Pasti mudah dan sedap. Rasa macam menikmati hidangan di restoran Itali, tapi boleh buat sendiri di rumah.

Baca juga: Resipi Kek Batik Magnum Yang Unik, Bila Gigit Terasa Salutan Coklat Rangup!

RESEPI KEK TIRAMISU TANPA KUNING TELUR

kek tiramisu

Bahan-bahan:

  • 45 gram gula kastor
  • 200 ml whipping cream
  • ½ sb esen vanilla
  • 250gm mascarpone
  • Nescafe atau kopi
  • Biskut ladyfingers
  • Serbuk koko

Cara-cara:

  1. Pukul whipping cream sehingga kental. Masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sambil terus memukul sehingga kembang dan gebu.
  2. Masukkan keju mascarpone dan esen vanilla ke dalam adunan krim. Gaul sebati dengan spatula sehingga rata.
  3. Bancuh serbuk kopi dengan air panas. Pastikan bancuhan kena pekat.
  4. Celupkan biskut ladyfingers ke dalam bancuhan kopi sekejap sahaja. Jangan terlalu lama supaya biskut tidak terlalu lembik.
  5.  Susun biskut yang telah dicelup di dasar bekas. Lapiskan dengan separuh adunan krim. Ulang langkah ini sekali lagi.
  6. Tutup bekas dan sejukkan tiramisu dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman.
  7. Sebelum dihidangkan, taburkan serbuk koko di atas tiramisu.

Kredit resipi dan gambar: Dea Noorfaizura

Baca juga: Resipi Kek Coklat Ala Apollo, Buat Guna Loyang Besar Confirm Puas Makan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN