resepi kek span

Jom cuba Resepi Kek Span Marble Susu yang bukan saja cantik, tapi juga lembut, gebu dan sedap dimakan begitu saja.

Bila teringin sangat nak makan kek tapi tak ada oven tak ada, jangan risau! Anda masih boleh kek menggunakan guna kuali saja!

Jika buat kek guna kuali, ada teknik yang perlu dilakukan iaitu melapik bawah loyang dengan pelapik dapur dan guna api sederhana perlahan.

Kalau nak tahu caranya dengan lebih lanjut, baca artikel di bawah dengan lebih lanjut. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Kek Pandan Ogura Yang Ringan & Gebu Macam Kapas, Cair Di Mulut!

RESEPI KEK SPAN MARBLE SUSU

resepi kek span

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1/3 cawan susu tepung
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1/4 cawan susu segar
  • 6 biji telur
  • 40g ovalette
  • 80g mentega (dicairkan)

Cara-cara:

  1. Pukul kesemua bahan-bahan (kecuali mentega cair) sehingga menjadi warna putih dan betul-betul gebu.
  2. Cedokkan sedikit adunan dan gaul bersama mentega cair. Kemudian tuangkan semula ke dalam mangkuk adunan dan gaul rata.
  3. Sapukan loyang dengan mentega dan taburkan tepung gandum.
  4. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Titiskan pewarna-pewarna yang diingini.
  5. Gunakan lidi dan lorekkan pewarna untuk hasilkan corak yang diingini. Hentakkan loyang beberapa kali.
  6. Bakar 35 ke 40 minit pada suhu 170°C dengan setting bakar atas-bawah.
  7. Selepas siap dibakar, sejukkan terlebih dahulu dan siap untuk dihidangkan.

P/S: Untuk pilihan pewarna dan corak, anda boleh mengikut kreativiti sendiri

Sumber: Irfan Syazwanshah

Baca juga: Resipi Kek Coklat Ganache, Tak Ada Mixer Pun Boleh Buat Kek Sedap Macam Ini

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN