resepi dadih viral

Ramai yang takkan lepaskan peluang untuk buat pencuci mulut yang sedang tular di media sosial. Samalah seperti resepi Dadih Viral Tutti Frutti, sekali pandang pun terus terpikat.

Sekarang Dadih Tutti Frutti telah menjadi kegemaran orang Malaysia terutamanya kanak-kanak. Bukan saja warna-warni dan cantik, malah teksturnya lembut dan penuh berkrim.

Siti Noor Anisah telah kongsikan resepi Dadih Viral Tutti Frutti di Facebook dengan langkah demi langkah bersama bahan yang cukup mudah. Jom kita cuba!

Baca juga: Puding Sumi Jelly Ala Tutti Fruity, Warna-Warni Begini Mesti Budak-Budak Suka!

RESEPI DADIH VIRAL TUTTI FRUTTI

resepi dadih viral

Bahan-bahan:

  • 3500ml air
  • 2 cawan gula (jika suka manis, boleh tambah)
  • 1 susu tin cair (tak kisah jenama apa)
  • Serbuk dadih (jenama Happy Grass)
  • Serbuk gula buah

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, masukkan air 3500ml bersama 2 cawan gula ke dalam periuk.

2. Masak sampai pecah gula atau larut (jangan kacau air adunan itu, sampai nampak buih di permukaan bawah dalam periuk, baru kacau).

3, Selepas gula larut, tuang 1 tin susu cair dan kacau sebati sampai nampak berwap atau asap (tanda adunan sudah cukup matang untuk disebatikan dengan serbuk dadih.

4. Kemudian, masukkan serbuk dadih dan gaul selama 7 minit, terus tutup api (serbuk dadih ini ada banyak perisa, lain perisa, lain rasa dan lain warna).

5, Masukkan serbuk gula buah dan kacau selama 5 minit (jika pakai jenama Happy Grass akan dapat gula buah sekali).

6. Akhir sekali, tapis dan tuang dalam bekas yang sesuai. Setelah itu, masukkan dalam peti sejuk selama beberapa jam. Siap untuk dinikmati!

resepi dadih viral

Setelah dapat makan sebekas Dadih Tutti Frutti ini, tekak yang dahaga pun terus segar dibuatnya. Jika suka, anda boleh jadikannya sebagai idea untuk jamuan potluck juga.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Noor Anisah

Baca juga: Resepi Dadih Homemade Sedap, Cuba Tips Ini Dapat Permukaan Licin Bak Sutera

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN