Categories: Resipi

5 Variasi Resipi Kek Pisang Yang Ringkas, Semuanya Sedap-Sedap!

Peminat pisang wajib cuba 4 resepi kek pisang yang mudah dan ringkas untuk dicuba ini. Semuanya sedap-sedap belaka, memang tak menyesal kalau anda cuba.

Ia sesuai dijadikan pencuci mulut untuk minum petang atau untuk dihidangkan kepada tetamu pada majlis keramaian. Jom cuba!

Baca juga: 5 Resipi Pisang Untuk Sarapan Pagi, Semuanya Sedap-Sedap & Mengenyangkan

5 VARIASI RESEPI KEK PISANG

1) Kek Pisang Coklat

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sdk baking powder
  • 1 sdk soda bika
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 2 biji telur A
  • 1 sdk esen vanila
  • 1/2 cawan serbuk coco.
  • 3/4 cawan gula ising/brown sugar
  • 4 biji pisang berangan (dilecek)
  • Coklat coin beryls
  • Pisang (hiasan)

Cara-cara:

  1. Lecek pisang, kemudian masukkan gula, minyak, telur, esen vanilla, soda bikarbonat dan baking powder.
  2. Kacau sebati semua bahan. Akhir sekali masukkan tepung dan gaul menggunakan teknik kaup balik. Masukkan juga coklat coin.
  3. Tuang ke dalam loyang bersaiz 8×8 inci. Susun pisang di atas kek dan bakar selama 35 minit pada suhu 160℃. Selamat mencuba!

Sumber: Fatimah Saari

2) Resepi Kek Pisang Gebu

Bahan kisar:

  • 1 cawan gula kastor
  • 1 cawan minyak jagung/minyak masak
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Bahan lain:

  • 4 biji pisang berangan
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder

Cara-cara:

  1. Panaskan oven terlebih dahulu sebelum muka membuat adunan kek. Selepas siap buat adunan kek, terus bakar dalam oven.
  2. Satukan tepung gandum, baking soda dan baking powder. Kacau sebati.
  3. Kisar gula kastor, minyak jagung/minyak masak, telur dan esen vanilla sehingga bercampur rata.
  4. Tuang bahan kisar ke dalam mangkuk. Masukkan pisang yang sudah dilenyek ke dalam bahan kisar. Gaul sebati.
  5. Kemudian masukkan campuran tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder tadi. Kaup balik menggunakan spatula sehingga bercampur rata.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah dilapik dengan baking paper.
  7. Susunkan hirisan pisang di atas adunan kek. Potong pisang nipis dan lebat supaya tidak tenggelam bila dibakar.

Sumber: Roslinda Abd Hamid

3) Kek Pisang Kukus Mini

Bahan A:

  • 5 biji pisang berangan
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • Secubit garam

Bahan B:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking soda
  • 1 sudu kecil baking powder

Cara-cara:

  1. Kisar semua bahan. Kemudian masukkan ke dalam campuran bahan B dan gaul sebati.
  2. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama 35 minit.

Sumber: Noriza Awang Hamat

4) Kek Pisang Marble

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan pisang yang siap dilenyek
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • Esen vanilla

Cara-cara:

  1. Ayam tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
  2. Kisar telur, gula, minyak dan esen vanilla.
  3. Kemudian masukkan pisang yang sudah dilenyek dan tepung yang diayak tadi. Kaup balik adunan sehingga sekata.
  4. Sapu plantan pada loyang. Bahagikan adunan tadi kepada 2.
  5. 1 adunan dimasukkan serbuk koko dan yang 1 lagi warna asal.
  6. Masukkan kedua-dua adunan berselang seli ke dalam loyang.
  7. Kukus selama 1 jam atau sampai masak. Selamat mencuba!

Sumber: Noriza Awang Hamat

5) Muffin Pisang

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan gula
  • 1 cawan pisang yang telah dilenyek
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 penutup esen vanilla
  • Topping atas (pisang atau coklat chip)

Cara-cara:

1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah Celsius. Sediakan acuan muffin dan letakkan cawan kertas ke dalam setiap lubang.

2. Dalam mangkuk besar, pukul telur dan gula sehingga kembang dan berwarna cerah.

3. Masukkan pisang yang telah dilenyek ke dalam campuran telur dan gula, kemudian kacau rata.

4. Tambahkan minyak masak ke dalam adunan dan kacau sehingga semua bahan tercampur dengan baik.

5. Campurkan tepung jagung, tepung gandum, baking powder, dan soda bikarbonat dalam mangkuk berasingan. Kemudian, saring campuran tepung ke dalam adunan basah secara berperingkat sambil terus dikacau.

6. Tambahkan esen vanilla ke dalam adunan dan kacau rata.

7. Tuangkan adunan ke dalam cawan kertas yang telah disediakan hingga separuh atau tiga perempat penuh.

8. Hiasi atas muffin dengan potongan pisang atau coklat chip.

9. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan selama kira-kira 20-25 minit atau sehingga muffin masak sepenuhnya dan permukaannya keemasan.

10. Semak kesediaan dengan menusukkan lidi atau pisau ke dalam bahagian tengah muffin. Jika keluar bersih, muffin sudah masak.

11. Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

Sumber: Eniza M. Salim

Baca juga: 5 Resipi Paprik Yang Sedap & Digemari Ramai, Barulah Tak Bosan Asyik Guna Ayam

Nasiha

Recent Posts

Beza Lada Hitam Dan Lada Putih, Mana Yang Lebih Pedas Dan Beraroma?

Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…

2 days ago

Resipi Popia Cheese Rangup Guna 4 Bahan, Sekali Buat Dapat Berbalang-Balang!

Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…

2 days ago

Resipi Pisang Goreng Belon ‘Viral’, Ikut Cara Ini Confirm Menjadi!

Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…

2 days ago

Resipi Sup Ayam Untuk Suami, Memang Syahdu Hirup Panas-Panas!

Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…

2 days ago

Nenek Kongsi Resipi Mufin Vanila, Memang Rasa Yang Cukup Lembut & Lazat!

Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…

2 days ago

Resepi Mee Kuah Simple Cepat Siap, Sedap Hirup Sampai Titisan Terakhir!

Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…

2 days ago