Pelbagai bentuk karipap yang boleh dihasilkan tapi ramai yang lebih tertarik dengan resepi Karipap Pusing kerana bentuk pusarnya yang begitu cantik.
Resepi Karipap Pusing menggunakan kulit yang digelek berlapis-lapis dan akan menghasilkan corak berlapis-lapis yang cantik kelihatan sungguh garing.
Anda boleh membuatnya sendiri di rumah dengan resepi Karipap Pusing yang dikongsikan oleh Abey Hijau di Facebook ini. Jom kita cuba!
Baca juga: Resepi Karipap Rangup Sampai Petang, Nak Hasil Berjerawat Cantik Ada Caranya!
Bahan untuk Doh A (Minyak):
Bahan untuk Doh B (tepung):
Cara-cara membuat:
1. Mula-mula, uli sebati semua bahan untuk Doh A dan perap dalam peti ais selama 15 minit.
2. Kemudian, uli pula semua bahan untuk Doh B sehingga sebati dan perap dalam peti ais selama 15 minit juga.
3. Setelah itu, bahagikan Doh A kepada 6 bahagian dan Doh B kepada 6 bahagian juga (nak buat 4 set pun boleh).
4. Seterusnya, bulat- bulatkan doh. Ambil Doh minyak (A) letak di atas Doh Tepung (B) yang telah dileperkan. Tutup adunan dan bulatkan doh tersebut.
5. Selepas itu, bulatkan semua doh dan biarkan selama 10 minit.
6. Kemudian, boleh leperkan atau gelekkan adunan memanjang dan renjis atau sapu dengan sedikit air sebagai tujuan untuk gam. Gulung kembali doh tadi.
7. Setelah digulung, leperkan atau gelek kembali adunan dan sapu dengan sedikit air pada permukaan adunan dan gulung kembali.
8. Selepas itu, potong adunan kepada 6 atau 7 bahagian. Ambil 1 keping adunan dan leperkan. Letak inti dan kelim tepi karipap.
9. Akhir sekali, goreng dalam minyak yang panas sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Siap untuk dinikmati!
Perkara yang membuatkan resepi Karipap Pusing ini istimewa dan menarik perhatian ramai adalah kulitnya lebih garing berbanding karipap yang lain.
Selamat mencuba!
Sumber: Abey Hijau
Baca juga: Resepi Karipap Telur Hancur, Begini Cara Orang Dulu Buat Tanpa Acuan
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…
Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…
Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…
Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…
Sambal balado antara jenis sambal yang cukup menyelerakan, lebih-lebih lagi apabila dimakan bersama nasi putih…
Udang sotong masak kam heong antara hidangan makanan laut yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar…