Categories: Resipi

Kek Minyak Paling Mudah Guna Periuk Nasi, Hasil Gerenti Lembut!

Mak-mak pantang nampak resipi buat kek, mesti nak cuba buat. Kek Minyak sememangnya paling mudah, tapi pernahkah anda buat dengan menggunakan periuk nasi?

Banyak aneka kek yang ada seperti kek span, kek mentega, kek keju dan sebagainya. Tapi ia tetap tak boleh lawan Kek Minyak yang tak lapuk dek zaman.

Sebenarnya kek ini sangat popular di kampung pada masa dahulu tau. Jika anda dilahirkan di kampung, pasti pernah makan kek ini semasa zaman kanak-kanak.

Kami terjumpa resipi yang dikongsikan oleh Arianti Azahari di Facebook. Ia cukup menarik kerana menggunakan periuk nasi. Jom cuba!

Baca juga: Resipi Kek Minyak Ala-Ala Kampung People, Gebu Montok Kejadiannya

RESIPI KEK MINYAK GUNA PERIUK NASI

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung
  • 5 biji telur
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 cawan susu pekat
  • ½ cawan gula
  • 1 sudu besar baking powder
  • Pewarna pilihan sendiri
  • 1 sudu besar ovalet
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan dan kacau sebati. Boleh juga menggunakan pengisar.

2. Bahagikan adunan kepada dua bahagian dan salah satunya diletakkan pewarna.

3. Sapu sedikit minyak di dalam periuk nasi.

4. Masak seperti masak nasi biasa, tetapi setelah sampai pada tahap warm, biarkan sejuk dan teruskan memasak. Siap!

Apabila makan kek ini, anda akan terasa lembut dan cair di mulut. Lebih-lebih lagi bila diletakkan susu pekat, semakin lembab dan muluslah hasilnya nanti.

Tiada masalah jika rumah tiada pengukus atau oven, anda boleh gunakan periuk nasi untuk membuat kek ini. Hasil tetap lembut dan menjadi.

Bukan saja kanak-kanak, malah orang dewasa juga suka nikmati kek yang sedap ini. Anda boleh jadikan ia sebagai kudapan buat seisi keluarga.

Jika anda baru berjinak-jinak dalam buat kek, Kek Minyak adalah pilihan tepat untuk anda. Senang cerita, kek ini sangat sesuai untuk newbie.

Selamat mencuba!

Sumber: Arianti Azahari

Baca juga: Kek Minyak Red Velvet Tak Payah Guna Butter, Tetap Lembut Gebu

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

15 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

15 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

15 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

16 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

16 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

19 hours ago