Categories: Resipi

Resipi Kek Marble Paddle Pop Gebu Dan Lembut, Cantiknya Warna Pastel Lembut!

Kalau sebelum ini dah biasa buat kek marble coklat saja, kali ini jom cuba resepi kek marble paddle pop! Warna lembut pastel ini memang nampak comel dan ceria. Sesuai sangat untuk jamuan, hantaran atau minum petang.

Resepi ini mudah saja, guna bahan asas kek marble biasa. Cuma beza dari segi warnanya. Mak-mak yang suka warna lembut macam pink, kuning, biru, ungu, turquoise dijamin akan jatuh cinta!

Baca juga: Resipi Kek Apam Coklat Lembut & Gebu, Ini Rahsia Supaya Tak Ada Bau Hanyir Telur Langsung!

RESEPI KEK MARBLE PADDLE POP

Bahan-bahan:

  • 200gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 230gm butter
  • 130gm + 50gm gula kastor (boleh blender halus)
  • 4 biji telur (asingkan putih dan kuning)
  • 60ml susu segar
  • Serbuk koko secukupnya
  • Esen vanila
  • Pewarna pilihan (pink, kuning, biru, ungu, turquoise)

Cara penyediaan:

  1. Pukul putih telur bersama 50gm gula hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain, pukul butter, 130gm gula dan kuning telur hingga kembang dan gebu. Masukkan esen vanila.
  3. Masukkan separuh tepung dan susu segar, pukul hingga sebati.
  4. Kemudian masukkan baki tepung dan susu, pukul lagi hingga adunan sekata.
  5. Tambahkan separuh putih telur yang dipukul tadi, kacau hingga sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan baki putih telur dan gaul rata.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 atau lebih bahagian, warnakan ikut cita rasa (contohnya pink, kuning, biru, ungu, turquoise).
  8. Selang-selikan warna dalam loyang yang sudah dilapik kertas pembakar.
  9. Bakar pada suhu 160°C selama lebih kurang 50 minit, bergantung pada jenis oven masing-masing.

Tip: Biarkan kek sejuk dulu sebelum potong. Kalau simpan dalam peti ais, rasanya lagi sedap dan teksturnya lebih lembut!

Sumber: Mieja Mamat

Baca juga: Resipi Tart Telur Portugis Sedap Macam Dekat Kedai Kek, Makan Sebiji Confirm Tak Cukup!

Wan N

Recent Posts

Petua Buang Angin Dalam Badan Guna Bawang Putih & Halia, Hanya Bancuh Dengan Air Panas!

Masalah perut kembung dan rasa tidak selesa akibat angin memang boleh mengganggu aktiviti harian. Ada…

2 days ago

Puding Biskut Cream Cracker Guna 3 Bahan, Tak Sangka Semudah Ini Tanpa Guna Oven!

Puding biskut cream cracker ini boleh jadi idea menarik kalau ada lebihan biskut yang sudah…

2 days ago

Kailan Ikan Masin Ala Kedai Thai, Ikan Tenggiri Jeruk & Cili Padi Beri Rasa Lebih Kaw!

Sayur kailan ikan masin antara hidangan yang cukup digemari kerana gabungan rasa pedas dan masin…

2 days ago

Cara Simpan Pisang Banyak-Banyak Sekali Gus, Rupanya Ini Petua Mudah Elak Cepat Rosak!

Pisang antara buah yang mudah masak ranum, lebih-lebih lagi apabila cuaca panas. Jika terbeli pisang…

2 days ago

Resepi Kek Coklat Moist Sukatan Cawan, Kukus Atau Bakar Kedua-Duanya Menjadi!

Terasa ingin makan kek coklat yang lembut, lembap dan kaya dengan rasa koko? Resepi kek…

2 days ago

Daging Masak Rempah Dengan Kuah Pekat, Gabungan Kicap Dan Rempah Ini Memang Padu!

Daging masak rempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau makan…

2 days ago