Siapa di sini suka makan kek? Buat anda yang mempunyai hobi membuat kek mesti seronok jika dapat resepi Kek Lumut yang lembab dan gebu.
Selain terkenal dengan kek lapis, Sarawak juga terkenal dengan resepi Kek Lumut yang cukup istimewa bersama warna hijau lumutnya.
Bayangkan bentuk Kek Lumut yang cukup sedap mata memandang, apatah lagi setelah memakannya.
Resepi Kek Lumut di Facebook dikongsikan oleh Dorothy Stell yang berasal dari Sarawak ini cukup menarik. Orang baru belajar buat kek pun boleh cuba!
Baca juga: Kek Lumut Kukus SUPER Gebu & Lembut, Makin Lama Simpan, Makin Sedap!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Pukul mentega dengan gula halus hingga gula hancur dan adunan menjadi putih. Pukul dengan menggunakan kelajuan tinggi.
2. Masukkan telur satu per satu. Pukul sebati hingga adunan kembang.
3. Kemudian masukkan susu pekat manis. Pukul rata.
4. Ayak tepung hong kong dan Horlicks. Masukkan dalam adunan. Pukul rata.
5. Masukkan pandan paste secukupnya diikuti beberapa titis pewarna hijau. Gaul dengan spatula hingga adunan tercampur rata.
6. Kukus selama 2 jam setengah dengan pengukus elektrik (Trio). Kalau guna api dapur, kukus selama 3 hingga 4 jam menggunakan api sederhana.
Rupa bentuknya lebih kurang seperti kek span, tapi rasanya lain dari yang lain. Ramai yang dah cuba buat resepi Kek Lumut ini dan tak sangka hasil sangat elok.
Kek Lumut ini semakin lama disimpan, semakin enaklah ia dimakan. Anda boleh jadikannya sebagai kudapan buat seisi keluarga.
Selamat mencuba!
Sumber: Dorothy Stella
Baca juga: Kek Butter Cheese Mita Di Sarawak Ini Jadi Kegilaan Ramai, Tapau Sampai Berkotak-Kotak
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…