Siapa kat sini paling suka buat kek pada masa lapang? Jika kami bagitahu adanya resepi Kek Kelapa mudah, semestinya anda rasa seronok tak terhingga.
Kek Kelapa juga dikenali sebagai kek hujan panas yang boleh dikatakan sebagai kek orang dulu-dulu. Mereka yang legend saja yang tahu tentang keenakan kek ini.
Walaupun dikatakan kek lama, namun masih ramai yang sukakannya kerana tekstur kek ini yang lembap dan cukup lemak manisnya.
Jaja Noriza telah sudi berkongsikan resepi Kek Kelapa mudah yang dibuat, siap ada tips jika nak gunakan kaedah kukus. Jom cuba!
Baca juga: Kek Minyak Red Velvet Tak Payah Guna Butter, Tetap Lembut Gebu
RESEPI KEK KELAPA MUDAH
Bahan-bahan:
- 1 cawan marjerin atau mentega
- 1 cawan gula kastor
- 5 biji telur gred C
- 1¼ cawan tepung gandum
- 3 sudu besar pati santan kotak
- *1 sudu kecil baking powder
- *secubit garam
- *1 cawan kelapa kering (campuran kelapa yang warna warni)
Cara-cara:
1. Gunakan kelapa parut putih dan sangai sehingga kering tapi jangan sampai kuning.
2. Kemudian bahagikan kepada 4 bahagian dan warnakan hijau, merah, kuning dan biru, kemudian campurkannya.
3. Dalam bekas lain, pukul marjerin dan gula hingga kembang dan putih gebu.
4. Masukkan garam dan telur satu demi satu dan pukul lagi sampai gebu.
5. Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder yg diayak dulu.
6. Masukkan kelapa kering, kemudian gaul rata sehingga sebati.
7. Masukkan dalam loyang 7 inci yang disapu marjerin dan lapik baking paper terlebih dahulu.
8. Bakar pada suhu 170ºC selama 50 minit atau 1 jam mengikut oven masing-masing.
Anda juga boleh menggunakan kaedah kukus dalam resepi Kek Kelapa mudah ini dengan hanya menambah 1 sudu kecil soda bikarbonat.
Jika anda buat Kek Kelapa ini dan hidangkan untuk tetamu yang datang, pasti dipuji kelazatannya nanti.
Selamat mencuba!
Sumber: Jaja Noriza
Baca juga: Resepi Kek Pandan Kukus, Lembut Dan Sedap Bersama Cheese Leleh