
Kalau anda teringin nak rasa kek klasik macam zaman dulu, cubalah buat kek kampung guna kuali dan dapur gas. Cara ini bukan sahaja mudah, malah hasil kek tetap gebu, lembut dan sedap dimakan panas-panas.
Resipi kek kampung ini memang sesuai untuk yang suka pencuci mulut tradisional. Guna bahan asas sahaja seperti marjerin, gula aising, telur dan tepung. Setiap suapan buat kita terus teringat nostalgia lama!
Baca juga: Rahsia Buat Kek Oren Rasa ‘Premium’, Hasilnya Lembap & Lembut Elok!
RESEPI KEK KAMPUNG SUKATAN CAWAN

Bahan-bahan:
- 1 cawan marjerin
- 1 cawan gula aising
- 3 biji telur gred B
- 1 sudu teh esen vanila
- 1 ½ cawan tepung kek atau tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
Cara-cara:
- Pukul marjerin dan gula aising hingga kembang dan gebu.
- Masukkan telur satu per satu sambil terus memukul.
- Masukkan esen vanila, kacau rata.
- Ayak tepung bersama baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit. Gaul hingga sebati.
- Tuang adunan ke dalam kuali yang telah dialas atau disapu mentega. Tutup kuali.
- Bakar atas api sederhana perlahan selama 30-45 minit atau sehingga kek masak sepenuhnya.
- Bila kek dah naik dan masak, bolehlah diangkat dan sejukkan sekejap sebelum dipotong.
Sumber: Rohani Ronnie
Baca juga: Resipi Kek Coklat Moist Kukus, Cara Mudah Guna Sukatan Cawan!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














