resepi kek cheese

Mudahnya resepi kek cheese ini, hanya guna 4 bahan tapi hasilnya sangat sedap. Malah teksturnya juga ringan dan gebu seakan kapas bila dimakan!

Tak rugi jika kita belajar cara membuat kek keju ni. Kalau beli, harganya boleh tahan mahal juga, lebih berbaloi-baloi kalau buat sendiri di rumah.

Ikut saja cara-cara yang dikongsikan oleh Nurul Athira di bawah. Sesuai dimakan bersama seisi keluarga ataupun untuk dihidangkan kepada tetamu.

Baca juga: Resipi Kek Pisang Guna Blender Pakai Sukatan Cawan, Yang Penting Moist & Tak Muak

Resepi Kek Cheese 4 Bahan

Bahan-bahan:

Cara-cara:

1. Asingkan putih dan kuning telur. Pastikan tidak bercampur.

2. Pukul putih telur hingga kental dan bertanduk (soft peak. Cara nak tahu, bila terbalikkan bekas, meringue tidak jatuh.)

resepi kek cheese

3. Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama susu pekat manis sampai kembang.

4. Kemudian masukkan kuning telur satu persatu. Pukul lagi sampai sebati.

5. Akhir sekali, masukkan tepung. Kaup balikkan sampai sebati.

6. Tuang bancuhan krim keju ke dalam bekas putih telur. Kaup balik guna spatula hingga sebati.

7. Ambik acuan, lapik baking paper dan tuang adunan.

8. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit menggunakan api atas bawah. Waktu memasak mungkin berbeza mengikut oven masing-masing.

9. Bila masak, keluarkan kek dari acuan dan sedia untuk dinikmati.

resepi kek cheese

Kredit resipi & foto: Nurul Athira

Baca juga: Resipi Kek Coklat Moist Kukus Basah-Basah Gebu, Guna Sukatan Cawan Pasti Jadi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN