resepi kek batik mudah

Dalam banyak-banyak jenis kek yang ada di dunia, Kek Batik tetap jadi pilihan. Buat yang baru pertama kali buat kek, boleh mulakan dengan resepi Kek Batik mudah dengan 5 bahan.

Kek Batik ialah sejenis pencuci mulut popular di Malaysia yang dibuat tanpa perlu dibakar atau dikukus. Resipinya hanya gunakan biskut sebagai bahan asas, digaul dengan adunan coklat dan disejukkan.

Resepi Kek Batik mudah oleh Adeela Azhar dibuat dalam versi ringkas dengan menggunakan bahan yang mudah didapati, patutlah ramai tak sabar nak cuba sendiri di rumah. Jom kita tengok resipinya!

Baca juga: Cara Buat Kek Pisang Dengan 5 Bahan, Resipi Paling Bajet Dan Mudah Abad Ini!

RESEPI KEK BATIK MUDAH

resepi kek batik mudah

Bahan-bahan:

Cara-cara buat:

1. Mula-mula, cairkan buttercup di dalam kuali dengan api perlahan.

2. Masukkan susu pekat manis dan kacau hingga sebati.

3. Selepas itu, masukkan serbuk malt coklat (200g) dan kacau rata.

4. Masukkan 2 sudu besar serbuk koko, kacau sehingga adunan licin dan sebati.

5. Kemudian, patah-patahkan biskut marie di dalam mangkuk.

6. Masukkan biskut marie ke dalam adunan coklat dan gaul hingga rata.

7. Setelah itu, tutup api dan angkat kuali.

8. Tuang adunan ke dalam bekas atau loyang.

9. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga mengeras. Setelah itu, boleh potong.

Kalau nak buat pencuci mulut ringkas, klasik dan dijamin menjadi kegemaran seisi keluarga, resepi Kek Batik mudah ini wajib masuk dalam senarai. Apabila makan, rasa tak cukup sepotong!

Selamat mencuba!

Sumber: Adeela Azhar

Baca juga: Resepi Kek Batik Ganache, Rasa Coklat Lebih Banjir Dalam Setiap Lapisan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN