resepi kek batik ganache

Hujung minggu kalau banyak masa lapang, buatlah resepi Kek Batik Ganache tanpa bakar. Hanya kacau adunan, tekan dan sejukkan, terus siap pencuci mulut yang sedap.

Siti Shamsina telah kongsikan resepi Kek Batik Ganache di Facebook yang lembut berkrim, berkilat dan rasa coklatnya lebih banjir dalam setiap lapisan. Jom kita cuba!

Baca juga: Wanita Kongsi Resepi Kek Batik Khairul Aming, Tapi Sentuhannya Macam Kain Batik Asli!

RESEPI KEK BATIK GANACHE

resepi kek batik ganache

Bahan-bahan:

  • 400gram biskut marie
  • 200g butter
  • 1 cawan serbuk milo
  • ½ cawan serbuk koko (diayak)
  • ½ cawan susu pekat
  • 1 biji telur
  • ½ cawan air panas
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara buat:

  1. Lapik loyang dengan kertas parchment atau kertas baking supaya apabila sejuk nanti mudah dikeluarkan.
  2. Guna loyang berukuran 8″x8″.
  3. Panaskan butter di dalam periuk dan di atas api sederhana sampai cair.
  4. Masukkan serbuk milo, susu pekat dan serbuk koko. Kacau sampai pekat dan sebati.
  5. Masukkan air panas dan kacau lagi.
  6. Kemudian masukkan telur dan esen vanilla.
  7. Kacau sampai sebati.
  8. Masukkan biskut marie yang sudah dipecah-pecahkan tadi dan gaul sekata sampai biskut jadi agak lembut.
  9. Masukkan ke dalam loyang sedikit demi sedikit sampai habis dan mampatkan biskut tersebut.

Bahan-bahan coklat ganache:

  • 1 sudu besar butter
  • 200gram coklat susu (dicincang)
  • 100ml susu full cream atau whipped cream

Cara-cara buat:

  1. Panaskan susu full cream (cukup sekadar panas saja tak perlu sampai mendidih) dan kemudian matikan api.
  2. Masukkan coklat susu yang sudah dicincang ke dalam susu full cream dan kacau sampai coklat cair
  3. Masukkan butter dan kacau sampai cair.
  4. Tuangkan coklat ganache ke atas kek batik tadi dan sejukkan dalam peti ais selama 4 ke 5 jam.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Shamsina

Baca juga: Kek Batik Indulgence Terlajak Leleh, Sekali Cuba Terus Tak Boleh ‘Move On’!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN