resepi kek apam

Nak makan sarapan atau minum petang dengan kek yang lembut dan gebu, cubalah resepi Kek Apam Bakar. Walaupun hanya menggunakan sedikit bahan, tapi hasilnya sedap dimakan.

Jika sebelum ini viral tentang apam kukus, tapi ada yang mengolah resipi tersebut menjadi versi bakar menggunakan oven. Hasilnya, tetap cantik dan gebu seperti kek span.

Resepi Kek Apam Bakar yang dikongsikan oleh Chinta Qaseh Zulaikha di Facebook sesuai untuk sesiapa saja, sama ada yang baru belajar membakar kek mahupun yang sudah biasa di dapur.

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi Apam Kampung Kesukaan Ibu Mentua, Senyum Sampai Ke Telinga!

RESEPI KEK APAM BAKAR

resepi kek apam

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum (diayak dahulu)
  • 4 biji telur gred B
  • 1 cawan gula pasir (boleh kurangkan jika tak nak terlalu manis)

Bahan tambahan:

  • 1 sudu teh esen vanilla (pilihan)

Cara-cara membuat:

1. Mula-mula, pukul telur sampai sebati, kemudian masukkan gula dan mixer sampai gula larut serta adunan kembang dan mengental.

2. Selepas itu, masukkan esen vanilla, kacau sebati dan matikan mixer.

3. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit, gaul rata hingga sebati.

4. Jika suka, boleh bahagi adunan untuk tambah warna atau perisa lain.

5. Seterusnya, tuang ke dalam loyang yang telah digris dengan minyak atau butter.

resepi kek apam

6. Akhir sekali, bakar pada suhu 180°C api atas bawah selama lebih kurang 35 minit (bergantung jenis oven).

Resepi Kek Apam Bakar versi mudah yang gebu, lembut dan manisnya juga cukup rasa. Sesuai dijadikan teman sarapan atau minum petang bersama teh panas.

Selamat mencuba!

Sumber: Chinta Qaseh Zulaikha

Baca juga: Resepi Apam Santan Warna-Warni, Kukus 10 Minit Saja Dapat Hasil Gebu Cantik!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN