Tak puas makan roti atau biskut yang kosong, tapi anda pasti seronok tak terhingga jika dapat tahu resepi Kaya yang boleh dibuat di rumah.
Kaya merupakan panggilan dari Seri Kaya, sejenis sapuan manisan yang dimakan bersama roti, serta diperbuat daripada campuran santan, gula dan telur.
Resepi Kaya cukup terkenal di Asia Tenggara, khususnya di Indonesia, Malaysia dan Singapura.
Sebenarnya tekstur daripada Kaya yang pekat dan manis membuatkannya ia dipanggil dengan nama sebegitu rupa.
Kaya banyak dijual di pasaran, tapi anda boleh cuba buat sendiri di rumah dengan resepi Kaya yang dikongsikan oleh Mak Nani Itnan di Facebook ini.
Baca juga: Cara Buat Cakoi Lembut, Jangan Skip Langkah ‘Ini’ Untuk Hasil Gebu
RESEPI KAYA VERSI HOMEMADE
Bahan-bahan:
- 6 biji telur
- 1 biji kelapa (3 cawan santan)
- 3 sudu makan tepung jagung
- ½kg gula pasir
- Daun pandan
- Sedikit garam
- ½ cawan gula (untuk dibuat gula hangus)
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan dan kacau sehingga gula larut, kemudian tapis adunan ini.
2. Masak ½ cawan gula tadi di dalam kuali dan kacau sehingga cair, tapi jangan terlalu hangus, kemudian masukkan adunan tadi secara pelahan kerana takut terpercik.
3. Kacau sehingga pekat dengan api dapur yang perlahan tanpa henti, tapi jangan tinggal kerana takut berketul. Siap untuk digunakan!
Selain dijadikan sebagai sapuan jem pada roti atau biskut, anda juga boleh gunakan hasilnya sebagai inti pau yang lazat.
Ramai yang berusaha untuk kurangkan perbelanjaan rumah dan resepi Kaya ini pastinya membantu anda untuk lebih berjimat dengan cara yang mesra poket.
Sudah tahu cara membuatnya, selepas ini tak perlulah beli di luar lagi, malah rasa air tangan sendiri lebih sedap dan asli.
Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini kepada keluarga dan rakan-rakan anda yang sangat sukakan jem.
Selamat mencuba!
Sumber: Mak Nani Itnan
Baca juga: Resepi Pau Kukus Mudah, Nak Bentuk Putih Cantik Guna Tepung ‘Ini’