resepi kaswi gedik

Ada kuih yang sekali pandang, terus buat kita tenang. Itulah yang ada pada resepi Kaswi Gedik, hasilnya yang cantik, lembut dan kenyal membuatkannya disukai ramai.

Kuih Kaswi Gedik ialah sejenis kuih tradisional Melayu yang dibuat secara kukus, terkenal dengan tekstur lembut, kenyal dan sedikit gedik (anjal bila ditekan).

Resepi Kaswi Gedik ini dikongsikan oleh Lin Linda Azlinda yang sering menghasilkan kuih tradisional dengan tekstur lembut dan kemasan cantik. Jom kita cuba!

Baca juga: Boko Ubi Kayu Lembut Bergedik, Baru Sekali ‘Ngap’ Terus Rasa Nikmatnya

RESEPI KASWI GEDIK

resepi kaswi gedik

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung ubi
  • 1 cawan gula merah
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula putih
  • 1 sudu teh air kapur makan
  • Sedikit karamel masakan (untuk cantikkan warna, tidak jejaskan rasa)
  • Kelapa parut (kukus dengan sedikit garam)

Cara-cara memasak:

1. Masukkan air, gula merah dan gula putih ke dalam periuk. Masak hingga gula larut sepenuhnya. Tutup api dan biarkan suam.

2. Bila air gula sudah suam, masukkan air kapur makan dan kacau rata.

3. Tuang campuran air gula ke dalam bekas berisi tepung gandum dan tepung ubi. Kacau menggunakan whisk hingga adunan licin dan sebati.

4. Tapis adunan ke dalam acuan yang telah disapu minyak. Langkah ini penting untuk dapatkan tekstur halus.

5. Kukus dengan api sederhana hingga masak sepenuhnya. Sejukkan seketika sebelum dipotong.

6. Gaul kelapa parut dengan sedikit garam dan kukus sekejap. Tabur di atas kuih kaswi, terus naik serinya.

Tip penting supaya kuih kaswi lembut dan cantik:

  • Jangan kukus api terlalu kuat, nanti permukaan tak cantik.
  • Pastikan adunan ditapis, ini rahsia kaswi jadi halus.
  • Biarkan betul-betul sejuk sebelum potong supaya bentuk cantik.

Selamat mencuba!

Sumber: Lin Linda Azlinda

Baca juga: Resepi Jeli Kelapa Lembut Bergedik, Sekali Rasa Pasti Takkan Lupa Nikmatnya

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN