Categories: Resipi

Resepi Karipap Rangup Sampai Petang, Nak Hasil Berjerawat Cantik Ada Caranya!

Mak-mak paling seronok jika dapat buat resepi Karipap rangup. Lebih-lebih lagi jika hasilnya berjerawat cantik, memang puas makan dibuatnya.

Kami baru menjumpai video di Youtube melalui Sarahan Channel tentang resepi Karipap rangup dengan hasil berjerawat cantik. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Karipap Telur Hancur, Begini Cara Orang Dulu Buat Tanpa Acuan

RESEPI KARIPAP RANGUP

Bahan inti:

  • 6 biji kentang saiz sederhana (potong dadu)
  • 1 biji bawang besar (potong dadu)
  • 2 ulas bawang putih (potong dadu)
  • 1 gengam (anggaran) ikan bilis (tumbuk)
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • Gula, garam, perasa secukupnya

Bahan untuk kulit:

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung beras
  • ½ sudu kecik garam
  • ½ cawan minyak masak (panaskan)
  • 2 sudu makan marjerin (panaskan)
  • 1 cawan air sejuk

Bahan lain:

  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng.
  • Telur rebus secukupnya (dipotong)

Cara-cara membuat inti:

1. Panaskan kuali dan masukkan 1/3 cawan minyak masak untuk menumis.

2. Setelah minyak panas, masukkan bawang putih, masak sampai berbau wangi dan sedikit kuning keperangan.

3. Masukkan bawang besar, tumis sehingga bawang agak layu. Masukkan ikan bilis, teruskan tumis bahan hingga agak garing.

4. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan air. Tumis semua bahan dan masukkan sedikit air. Teruskan masak sehingga serbuk kari masak sepenuhnya.

5. Masukkan kentang, gaul rata, guna api kecil dan tutup kuali supaya kentang cepat dimasak. Biarkan selama 15 hingga 20 minit.

6. Setelah kentang empuk, letak gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.

7. Kacau sehingga sebati dan biarkan seketika. Kemudian, angkat dan ketepikan dahulu.

Cara-cara membuat kulit:

1. Sediakan tepung gandum, masukkan tepung beras, garam, minyak masak dan marjerin yang telah dipanaskan, gaul rata dan sebati.

2. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit (guna air sejuk supaya rangup). Gaul sehingga doh tak melekat di tangan.

3. Masukkan doh dalam plastik, rehatkan dalam 20 minit supaya doh sebati dan mudah dibentuk.

4. Bulat-bulatkan doh kemudian leperkan, letak atas acuan karipap, jangan terlalu nipis. Letak telur dan inti secukupnya. Basahkan keliling dengan air sebagai gam.

5. Ketap lagi dengan tangan supaya kulit karipap tak terbuka semasa menggoreng. Buat sampai habis adunan dan inti.

Cara-cara memasak:

1. Panaskan kuali dan minyak secukupnya. Kena pandai agak tahap kepanasan minyak. Guna api kuat.

2. Masukkan karipap satu demi satu. Jangan sampai penuh kuali, empat saja pun cukup. Setelah nampak berjerawat, boleh kecilkan api secara sederhana.

3. Setelah keperangan, boleh angkat dan toskan. Siap untuk dihidang!

Tak susah pun nak dapatkan hasil kulit karipap berjerawat dengan resepi Karipap rangup ini, pasti menjadi punya.

Selamat mencuba!

Sumber: Sarahan Channel

Baca juga: Resepi Karipap Sardin Guna Roti Gardenia, Kulit Dan Inti Cukup Rasa!

Aimi

Recent Posts

Kek Pisang Coklat Moist Ini Memang Wajib Cuba! Hasilnya Lembut, Lembab & Kaya Rasa Coklat

Ada pisang berangan yang sudah masak di rumah? Apa kata cuba resipi kek pisang coklat…

42 seconds ago

Paru Crispy Rangup & Tak Mudah Lemau, Ini 5 Langkah Mudah Wajib Ikut!

Paru crispy yang rangup dan berperisa memang sedap dimakan bersama nasi panas. Namun, ada beberapa…

13 mins ago

Tak Cukup Sebiji! Buat Roti Blueberry Ala Bakeri Ini… Inti Cream Cheese & Ada Crumble Rangup

Roti blueberry sesuai dijadikan pilihan untuk minum petang bersama keluarga. Dengan tekstur roti yang lembut…

54 mins ago

26 Tahun Mak Pah Jual Minuman Serendah 30 Sen, Masih Kekalkan Harga Demi Niat Bersedekah

Sebuah gerai minuman milik warga emas di Kedah menjadi perhatian apabila pemiliknya, Sarifah Bahari atau…

1 hour ago

Resipi Sambal Petai Tempoyak Homemade, Rasa Masam Pedas Berlemak Memang Ngam!

Sambal petai tempoyak merupakan antara hidangan yang sesuai untuk peminat masakan tradisional Melayu. Gabungan rasa…

2 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Lemak Berkrim Bersalut Memang Buat Teringat-Ingat!

Selalunya kita makan ayam buttermilk, tetapi pernah cuba buat versi udang pula? Resipi udang masak…

2 hours ago