resepi kari kepala ikan

Resepi kari kepala ikan merah perkongsian oleh Nor Khomariah Norrohman ini cukup mudah untuk anda cuba. Kuahnya yang pekat dan berempah menjadikan ia salah satu masakan kegemaran ramai.

Biasanya, kita memasukkan santan ke dalam gulai untuk menjadikan kuah pekat dan berlemak bukan? Berbeza dengan resipi ini, kita tidak perlu menggunakan santan sama sekali.

Walaupun tidak menggunakan santan, hasil kuah kari kepala ikan merah tetap pekat dan berlemak. Nak tahu bagaimana caranya? Mari lihat resipi penuh di bawah. 

Baca juga: Rahsia Kari Ikan Sedap, Kena Guna Rempah Kari Homemade. Ini Cara Membuatnya 

RESEPI KARI KEPALA IKAN MERAH TANPA SANTAN

Bahan-bahan:

  • Kepala ikan merah atau ikan yang disukai (bersih dengan air asam jawa )
  • 2 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris)
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 sudu makan serbuk kari ikan (saya guna rempah kari cap o, dibancuh dengan sedikit air jadikan pes)
  • Garam dan sedikit gula
  • 1 sudu besar halba campur
  • Semangkuk kecil air asam jawa
  • Terung bulat (potong 4)
  • Tomato (dibelah 4)
  • Cili padi
  • Bendi
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara:

1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur hingga wangi. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga garing atau betul-betul pecah minyak.

2. Masukkan air secukupnya. Kacau rata-rata dan biarkan ia mendidih.

3. Kemudian masukkan terung, biar terung lembut. Seterusnya masukkan air asam jawa, garam dan gula. Kepekatan kuah bergantung pada anda, kalau nak cair tambahkan sedikit lagi air.

4. Bila kuah dah mendidih, boleh masukkan ikan. Tak perlu kacau, biarkan saja sehingga ikan masak.

5. Apabila ikan sudah hampir masak, masukkan bendi dan tomato.

6. Setelah masak, angkat dan boleh dihidangkan.

7. Hasilnya, kuah kari sangat berlemak dan pekat walaupun tanpa santan. Selamat mencuba!

resepi kari kepala ikan

Kredit resipi dan gambar: Nor Khomariah Norrohman

Baca juga: Resipi Kari Ikan Kembung Mamak Style, Ikut Sukatan Ni Pasti Menjadi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN