Kalau ada pokok belimbing buluh di halaman rumah dan tidak tahu nak buah apa dengan buahnya yang banyak, jom cuba buat resepi jeruk belimbing buluh ini.
Menerusi perkongsian oleh Puan Hayati Ti di Facebook, dia ada menunjukkan cara-cara untuk membuat jeruk belimbing buluh tersebut. Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Baca juga: Tak Perlu Banyak Bahan Nak Buat ‘Jeruk Maman’, Lauk Rare Orang Lama Yang Wajib Cuba!
RESEPI JERUK BELIMBING BULUH
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Buah belimbing buluh
- Gula pasir
- Garam
- Asam boi
- Cili api
- Limau kasturi
Cara-cara penyediaan:
1. Basuh buah belimbing sehingga bersih. Kemudian potong kepada dua dan letakkan dalam satu bekas besar.
2. Kemudian boleh masukkan gula, garam, limau kasturi yang telah dipotong dua, cili api yang dipotong kecil dan juga asam boi.
3. Gaul sehingga semuanya bercampur rata dan sebati. Semua bahan agak-agak sahaja nak letak banyak mana.
4. Apabila semuanya sudah sebati, masukkan dalam botol dan simpan dalam peti ais selama 3 hari.
5. Selepas 3 hari, jeruk belimbing buluh sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Hayati Ti
Baca juga: Cara Buat Jeruk Rambutan, Warisan Nenek Moyang Yang Sudah Makin Dilupakan
Baca juga: Jeruk Ikan Masin Tenggiri Homemade, Tahan Berbulan Peram Dalam Bekas Ini