resepi jering

Bagi peminat masakan kampung, resepi jering masak lemak cili api adalah menu wajib cuba yang sentiasa membangkitkan selera. Tekstur jering yang empuk digabung pula dengan kuah lemak pedas yang pekat, memang boleh buat makan bertambah!

Bagi anda yang bimbang tentang bau atau tekstur jering yang keras, jangan risau. Teknik rebusan yang betul dan penggunaan santan yang segar adalah kunci utama. Jom ikuti langkah mudah di bawah.

Baca juga: Resipi Singgang Ikan Tongkol Yang Paling Nikmat, Rupanya Kena Tambah 1 Bahan Ini!

RESEPI JERING MASAK LEMAK CILI API

resepi jering

Bahan-bahan:

  • 10 biji jering (direbus hingga benar-benar empuk dan dibelah dua)
  • 10-15 tangkai cili padi (ditumbuk lumat)
  • 5 ulas bawang merah (ditumbuk)
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (atau 1 inci kunyit hidup ditumbuk sekali)
  • 1 kotak santan pekat (200ml)
  • Garam & serbuk perasa (secukupnya)
  • Air (Secukupnya)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan bahan yang telah ditumbuk (cili padi dan bawang merah), serai, serta serbuk kunyit ke dalam periuk bersama sedikit air. Biarkan sehingga mendidih sebentar supaya rasa pedas cili sebati.
  2. Masukkan santan pekat dan tambah air mengikut kepekatan yang anda suka. Kacau perlahan-lahan secara konsisten supaya santan tidak pecah minyak.
  3. Apabila kuah mula mendidih semula, masukkan jering yang telah direbus empuk tadi.
  4. Masukkan garam dan serbuk perasa mengikut cita rasa anda.
  5. Biarkan gulai mereneh seketika dengan api kecil sehingga kuah meresap ke dalam jering dan sedikit pekat.
  6. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih panas dan ikan masin sebagai pelengkap selera!

Tips Tambahan: Untuk jering yang lebih sedap, selepas direbus empuk, anda boleh mengetuk sedikit jering tersebut supaya ia sedikit leper. Ini akan memudahkan kuah lemak meresap ke dalam jering dengan lebih sempurna.

Sumbe: Khalif Khlif

Baca juga: Resipi Ayam Kari Cili Kering Ini ‘Padu’ Dari Biasa, Kuah Pekat Likat Memang Menambah Nasi!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN