Resepi jenahak lada hitam tumis asam ini cukup mudah dan ringkas disediakan. Yang paling penting, ia sangat lazat dan menyelerakan!
Menu ini juga sesuai dimakan oleh ibu yang berpantang. Oleh itu, jimat masa tak perlu masak banyak lauk untuk satu rumah.
Kalau ada yang mahu mencuba, boleh lihat resipi yang dikongsikan oleh Neny Laihan di bawah.
Baca juga: Resipi Ikan Singgang Kuning, Menu Paling Mudah & Pantas Tapi Lazat Sungguh!
RESEPI JENAHAK LADA HITAM TUMIS ASAM
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 3 keping besar isi ikan jenahak (boleh ganti guna isi ikan tenggiri @ ikan merah)
- 1 labu bawang holland hiris nipis
- 2 tbsp lada hitam biji*
- 6 ulas bawang putih*
- 2 inci halia muda*
- 2 ketul besar kunyit muda*
- Pes asam jawa secukupnya
- Garam
- Cukup rasa maggi
- Gula secukupnya
Cara memasak:
1. Lumur isi ikan dengan garam, serbuk kunyit dan serbuk kunyit. Gaulkan juga dengan cuka makan. Kemudian, goreng ikan sehingga garing dan ketepikan seketika.
2. Tumbuk kasar bahan bertanda (*). Mula-mula kasar lada hitam biji, diikuti dengan bawang puti, halia muda dan kunyit.
3. Hiris nipis bawang holland, kemudian bancuh asam jawa dengan suku cawan air masak.
4. Panaskan minyak secukupnya, masukkan bahan tumbuk tumis sehingga naik bau. Masukkan juga bawang holland yang telah dihiris nipis, tumis sehingga layu.
5. Seterusnya, masukkan air asam dan bahan perasa. Kacau sebati sehingga agak mengering. Kemudian masukkan isi ikan yang telah digoreng tadi, kacau sebati.
6. Sedia untuk dimakan bersama nasi panas-panas. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Neny Lai Han
Baca juga: Cara ‘Pro’ Goreng Ikan Keli Supaya Tak Meletup & Tak Jadi ‘Bengkok’!