jelly kelapa

Jelly kelapa memang pencuci mulut paling sesuai bila cuaca tengah panas. Rasa lemak manis air kelapa muda, ditambah dengan aroma daun pandan, buat tekak rasa segar dan lega. Lebih sedap kalau dimakan sejuk selepas disimpan dalam peti ais.

Resipi ini guna bahan yang ringkas dan cara penyediaannya pun mudah. Hanya perlukan agar-agar tali, air kelapa muda dan gula, sudah cukup untuk hasilkan jelly kelapa yang lembut dan menyelerakan.

Kalau suka tekstur yang lebih lembut, boleh ubah jumlah air ikut kesukaan. Nak lagi menarik, boleh letak dalam bekas kecil atau acuan comel untuk dihidang pada tetamu atau anak-anak.

Baca juga: Resipi Agar-Agar Soya Cincau Yang Unik, Pasti Ramai Tak Pernah Cuba!

RESEPI JELLY KELAPA

Bahan-bahan:

  • 20g agar-agar tali
  • 1 liter air (untuk masak agar-agar)
  • 3 helai daun pandan
  • Gula secukup rasa
  • 3 biji kelapa muda (asingkan air dan isi, jadikan 3 liter air kelapa, tambah air biasa jika tidak cukup)

Cara-cara:

  1. Masak agar-agar bersama 1 liter air dan daun pandan hingga agar-agar larut sepenuhnya.
  2. Masukkan gula dan air kelapa muda. Kacau sebati hingga mendidih.
  3. Letakkan isi kelapa muda ke dalam bekas. Tuang agar-agar yang telah dimasak tadi ke dalamnya.
  4. Sejukkan di suhu bilik sebelum simpan dalam peti sejuk.

Tip: Jika mahu tekstur jeli yang lebih lembut, boleh tambah sedikit air mengikut kesesuaian.

Sumber: Acu Yan

Baca juga: Petua Agar Kuih Koleh Kacang Tak Cepat Basi, Wajib Buat 1 Langkah Ini

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN