siakap 3 rasa

Kalau sebut pasal siakap 3 rasa, mesti terbayang kuahnya yang masam manis dan pedas. Hidangan ini memang sentiasa jadi pilihan ramai sebab rasanya lengkap dan sedap dimakan dengan nasi panas.

Ikan siakap yang digoreng rangup di luar dan lembut di dalam. Bila disiram dengan kuah tiga rasa, memang cepat licin setiap kali masak. Kuahnya yang pekat buat hidangan ini bertambah sedap.

Bahan-bahannya pun mudah didapati dan cara masaknya ringkas. Boleh sesuaikan tahap pedas ikut cita rasa sendiri. Jom lihat resipi penuh di bawah!

Baca juga: Resipi Ikan Masak Asam, Lauk Simple Yang Buat Selera Naik & Senang Dimasak

RESEPI SIAKAP 3 RASA

siakap 3 rasa

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap (saiz besar)
  • 10 tangkai cili kering
  • 2 biji bawang merah (saiz sederhana)
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 biji tomato
  • ½ biji nanas
  • ½ batang timun
  • 2 batang serai
  • 2 tangkai cili merah besar
  • 2 tangkai cili merah kecil
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos cili
  • Sedikit sos ikan atau sos sotong
  • Garam dan gula secukupnya

Bahan-bahan:

  1. Lumur ikan siakap dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga garing keemasan, kemudian toskan minyak dan ketepikan.
  2. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih, dan halia hingga halus.
  3. Panaskan sedikit minyak, kemudian tumis bahan kisar sampai pecah minyak dan naik bau wangi.
  4. Tambahkan sedikit air, kemudian masukkan gula dan garam secukupnya.
  5. Tuangkan sos tiram, sos cili, dan sos ikan. Kacau hingga kuah sedikit pekat.
  6. Masukkan tomato, nanas, cili besar, cili kecil, timun (dipotong dadu) dan serai. Gaul sebati dan biarkan seketika supaya semua bahan mesra dengan kuah.
  7. Rasa kuah, pastikan seimbang pedas, manis, masin dan masam.
  8. Bila dah cukup rasa, curahkan kuah 3 rasa ni atas ikan goreng tadi.

Sumber: Mizah Ngatiman

Baca juga: Resipi Ikan Kerisi Masak Sambal Cili Hijau & Merah, Pedas Kering Memang Padu!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN