gulai lemak ikan masin

Gulai lemak ikan masin dengan nanas ini kalau ‘pekena’ dengan sambal belacan, memang padu habis! Lauk kuah yang satu ini boleh buat kita bertambah-tambah nasi tanpa sedar.

Ditambah pula dengan ulam-ulaman segar, memang makin berselera jadinya. Selalunya kita hanya makan lauk ni di restoran atau warung sahaja, tapi apa kata kali ini cuba masak sendiri di rumah? Mudah saja penyediaannya!

Baca juga: Resipi Acar Ikan Masin Talang Homemade, Lauk ‘Power’ Penambah Selera!

RESEPI GULAI LEMAK IKAN MASIN DAN NANAS

gulai lemak ikan masin

Bahan-bahan:

  • Nanas (dipotong kecil)
  • Ikan masin duri (rendam seketika dan potong sederhana)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 helai daun kunyit (dicarik dan disiat halus)
  • 2 cawan santan
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar halus:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 5-10 biji cili api (ikut tahap kepedasan yang diingini)
  • 1 inci kunyit hidup

Cara memasak:

  1. Masukkan bahan-bahan kisar halus bersama serai yang telah dititik ke dalam periuk.
  2. Masak hingga mendidih dan naik bau. Kemudian masukkan ikan masin dan nanas. Kacau rata dan masak sehingga nanas separuh empuk. Tambahkan sedikit air jika perlu.
  3. Tuangkan santan dan kacau perlahan-lahan supaya santan tidak pecah.
  4. Masukkan daun kunyit bersama sedikit gula. Rasa kuah, kemudian tambahkan garam jika perlu. Masak dengan api kecil sehingga mendidih perlahan dan kacau selalu.
  5. Setelah cukup masak, bolehlah matikan api.

Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Sumber: Khalif Khlif

Baca juga: Resipi Sambal Tumis Ikan Masin, Punyalah Sedap Boleh Lajak 2 Pinggan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN