Setiap negeri mempunyai hidangan asam pedas tersendiri dan tak dinafikan ramai yang sukakan resepi Ikan Pari Masak Asam Pedas.
Selain dimasak dengan cara bakar, resepi Ikan Pari Masak Asam Pedas juga selalu jadi pilihan hidangan ramai terutamanya buat mereka yang suka memasak ikan pari.
Resepi Ikan Pari Masak Asam Pedas yang dikongsikan oleh Nor Khomariah Norrohman di Facebook ini sangat menarik untuk anda cuba buat di rumah.
Baca juga: Cara Masak Telur Ikan Supaya Tak Hancur, Kekal Sedap Dalam Kuah
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, halia dan belacan.
2. Panaskan minyak (minyak kena lebih) dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak serta naik bau. Pastikan biar betul-betul pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa, daun kesum serta bunga kantan, kemudian masukkan ikan pari dan tambah air secukupnya.
4. Selepas itu, tambahkan garam, gula dan sedikit bahan perasa, kemudian kecikkan api dapur dan biarkan reneh sehingga ikan pari masak.
5. Akhir sekali, masukkan bendi, tak perlu lama sangat sebab takut nanti bendi jadi lembik. Setelah agak-agak bendi sudah lembut, boleh tutup api dapur. Siap untuk dihidang!
Biasanya orang Johor akan buat kuah untuk resepi Ikan Pari Masak Asam Pedas ini secara pekat, tapi hidangan ini boleh juga dibuat dalam bentuk cair mengikut citarasa anda.
Selamat mencuba!
Sumber: Nor Khomariah Norrohman
Baca juga: Asam Pedas Paling Mudah Dan Cepat, Berselera Bila Hirup Kuahnya
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…