resepi ikan pari

Setiap negeri mempunyai hidangan asam pedas tersendiri dan tak dinafikan ramai yang sukakan resepi Ikan Pari Masak Asam Pedas.

Selain dimasak dengan cara bakar, resepi Ikan Pari Masak Asam Pedas juga selalu jadi pilihan hidangan ramai terutamanya buat mereka yang suka memasak ikan pari.

Resepi Ikan Pari Masak Asam Pedas yang dikongsikan oleh Nor Khomariah Norrohman di Facebook ini sangat menarik untuk anda cuba buat di rumah.

Baca juga: Cara Masak Telur Ikan Supaya Tak Hancur, Kekal Sedap Dalam Kuah

RESEPI IKAN PARI MASAK ASAM PEDAS JOHOR

resepi ikan pari

Bahan-bahan:

  • 1kg ikan pari
  • 20 tangkai cili kering* (direbus)
  • 5 ulas bawang merah*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 inci kunyit hidup*
  • 2 inci halia*
  • Sedikit belacan*
  • 1 sudu lada hitam (ditumbuk)
  • 10 tangkai daun kesum
  • Bendi (ikut suka nak banyak mana)
  • 1 batang bunga kantan (belah dua, tak letak pun tak apa)
  • 1 cawan air asam jawa
  • Minyak masak (untuk menumis)
  • Air secukupnya

Cara-cara:

1. Kisar cili keringbawang merah, bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, halia dan belacan.

2. Panaskan minyak (minyak kena lebih) dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga pecah minyak serta naik bau. Pastikan biar betul-betul pecah minyak.

3. Masukkan air asam jawa, daun kesum serta bunga kantan, kemudian masukkan ikan pari dan tambah air secukupnya.

4. Selepas itu, tambahkan garam, gula dan sedikit bahan perasa, kemudian kecikkan api dapur dan biarkan reneh sehingga ikan pari masak.

5. Akhir sekali, masukkan bendi, tak perlu lama sangat sebab takut nanti bendi jadi lembik. Setelah agak-agak bendi sudah lembut, boleh tutup api dapur. Siap untuk dihidang!

resepi ikan pari

Biasanya orang Johor akan buat kuah untuk resepi Ikan Pari Masak Asam Pedas ini secara pekat, tapi hidangan ini boleh juga dibuat dalam bentuk cair mengikut citarasa anda.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Khomariah Norrohman

Baca juga: Asam Pedas Paling Mudah Dan Cepat, Berselera Bila Hirup Kuahnya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN