resepi ikan masin

Rupanya tak susah mana pun resepi ikan masin kerisi, boleh disediakan dengan mudah di rumah. Hanya perlukan garam kasar dan asam keping yang biasa ada di dapur.

Selain itu, ikan masin yang dibuat sendiri lebih segar berbanding ikan masin yang dibeli di kedai. Dari segi penyediaan juga dijamin lebih bersih tanpa bahan pengawet.

Baca juga: Resipi Ikan Jenahak Masak Cuka Yang Lazat Menyelerakan, Lauk Ringkas Tapi Buat Selera Naik!

RESEPI IKAN MASIN KERISI HOMEMADE

resepi ikan masin

Bahan-bahan:

  • Ikan kerisi segar
  • Garam kasar secukupnya
  • 2–3 keping asam keping (bergantung kepada saiz ikan)

Cara membuat ikan masin:

  1. Bersihkan ikan dengan sempurna. Buang isi perut dan sisik.
  2. Lumurkan ikan dengan garam kasar sehingga semua bahagian ikan terlapisi garam.
  3. Letakkan asam keping bersama ikan. Asam keping memberikan rasa masam yang seimbang dengan rasa masin ikan.
  4. Simpan ikan yang telah dilumur garam dan asam keping dalam bekas kedap udara atau balut dengan plastik.
  5. Biarkan ikan dalam peti sejuk selama 12 hingga 24 jam sebelum digoreng.

Cara menggoreng ikan masin:

  1. Ikan masin tidak perlu dibilas semula dengan air sebelum digoreng.
  2. Panaskan minyak secukupnya pada api sederhana, kemudian goreng ikan sehingga keemasan.
  3. Hidangkan ikan masin panas bersama nasi putih.

Cara menyimpan ikan masin yang tidak habis:

  1. Letakkan baki ikan masin yang telah digoreng dalam bekas kedap udara sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
  2. Pastikan bekas ditutup rapat untuk mengelakkan lalat atau serangga masuk.
  3. Ikan masin yang telah digoreng boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 2 hingga 3 hari.
  4. Untuk penyimpanan lebih lama, boleh disimpan dalam peti sejuk beku, tetapi lebih baik jika digoreng dalam masa beberapa hari selepas disimpan.

Sumber: Dang Anum

Baca juga: Resipi Ikan Kerapu Goreng Halia & Bawang Putih Rangup, Bertambah Wangi Bila Disiram Sos Kicap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN