ikan masak taucu

Kadang-kadang, lauk paling ringkas pun boleh jadi kegemaran seisi keluarga. Salah satu menu yang tak lapuk dek zaman ialah ikan masak taucu pedas.

Rasa masin, pedas dan sedikit manis dari taucu memang ‘kena’ dengan ikan goreng yang garing. Bila dimakan dengan nasi panas-panas, memang licin pinggan!

Cara memasaknya sangat mudah dan guna bahan asas dapur saja, tapi hasilnya terasa macam masakan restoran. Jom kita tengok resipi mudah di bawah ini!

Baca juga: Rahsia Buat Ikan Rebus Asam Picit Yang ‘Padu’, Lauk Kampung Yang Bikin Kecur Air Liur!

RESEPI IKAN MASAK TAUCU PEDAS

ikan masak taucu

Bahan utama:

  • 3 ekor ikan sederhana (kembung, selar atau ikan pilihan)
  • Garam dan serbuk kunyit secukupnya (untuk lumur ikan)
  • Minyak untuk menggoreng

Bahan tumis:

  • 1 biji bawang besar holland (dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 inci halia (dihiris halus)

Bahan perasa & sos:

  • 3-4 sudu makan taucu (taucu dalam tin)
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan sos cili
  • Serbuk perasa (contoh: pati ayam, lada putih) – ikut cita rasa
  • 1 batang serai (dihiris halus)

Cara memasak:

  1. Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga garing. Ketepikan.
  2. Dalam kuali lain, tumis bawang holland, bawang putih dan halia hingga layu dan wangi.
  3. Masukkan taucu, kicap manis dan sos cili. Kacau sebati.
  4. Biarkan bahan tumisan mendidih dan pecah minyak. Ini penting untuk naikkan rasa.
  5. Letakkan ikan goreng ke dalam kuah taucu. Gaul rata supaya ikan serap rasa.
  6. Tambah sedikit serbuk pati ayam, lada putih dan hirisan serai. Kacau perlahan supaya ikan tidak hancur.
  7. Siap dihidang! Angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih.

Sumber: Adina Yunus

Baca juga: Rahsia Ikan Siakap Stim Sedap & Tak Hanyir, Rasa Sama Macam Makan Dekat Kedai Siam!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN