ikan masak sos

Tiada idea nak masak apa menggunakan lauk ikan? Asyik buat goreng kunyit bosan juga. Haa, apa kata jom cuba masak ikan masak sos pula.

Resipi ini cukup mudah dan ringkas kerana hanya menggunakan bahan-bahan yang biasa ada di dapur.

Yang pasti, anak-anak dan suami pasti akan makan dengan penuh selera. Ibu-ibu kena standby masak nasi lebih!

Baca juga: Resipi Ikan Rebus Air Asam Paling Ringkas, Bikin Kecur Air Liur!

RESEPI IKAN MASAK SOS

Bahan-bahan:

  • Gunakan ikan yang anda suka (yang terbaik ialah ikan tongkol atau ikan bawal)
  • Garam
  • Serbuk kunyit

Bahan-bahan sos:

  • 1/2 labu bawang putih
  • 4 tangkai cili api
  • Sos cili
  • Sos tiram
  • Sos nampla
  • Garam dan gula
  • Tomato
  • Bawang besar
  • Daun ketumbar

Cara-cara:

1. Lumur ikan macam biasa dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga garing, angkat dan ketepikan seketika untuk membuat sosnya pula.

2. Potong tomato, bawang besar, cili besar, dan daun ketumbar.

3. Tumbuk bawang putih dan cili api. Lebihkan bawang putih jika suka.

4. Tumis hingga naik bau dan kekuningan.

5. Masukkan ketiga-tiga sos (sos tiram, cili, dan nampla) dan kacau rata.

6. Masukkan sedikit air, perasakan dengan gula dan garam. Kacau dan renehkan sekejap.

7. Agak-agak rasa dah cukup manis dan masin, masukkan tomato, bawang besar, dan cili besar. Kacau rata.

8. Masukkan ikan goreng tadi. Kacau bagi sebati, biar semua kuah meresap pada ikan.

9. Dah masak, tutup api. Taburkan daun ketumbar. Boleh dihidangkan bersama daun salad. Makan dengan nasi putih panas-panas. Sedap!

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Fazirawati Che Isa

Baca juga: Resipi Ikan Siakap Rebus Ala Stim Limau, Cara Mudah Tak Perlu Kukus!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN