resepi ikan bilis

Resepi ikan bilis masak kicap ini memang pilihan yang cepat dan mudah, sesuai untuk anda yang sibuk. Walaupun ringkas, hidangan ini boleh buatkan anda tambah nasi berkali-kali!

Kosnya pun sangat berpatutan, jadi memang sesuai untuk orang bujang atau sesiapa yang tengah ‘menunggu gaji’. Dengan bajet yang rendah, anda tetap boleh nikmati makanan yang sedap tanpa perlu risau.

Hidangan ini sangat sedap dimakan bersama nasi panas atau bubur nasi. Bukan hanya orang dewasa, anak-anak juga pasti akan menyukainya!

Baca juga: Resipi Popia Sira Rangup, Kena Buat Cara Ini Agar Kulit Popia Tidak Pecah

RESEPI IKAN BILIS MASAK KICAP

resepi ikan bilis

Bahan-bahan:

  • Ikan bilis
  • Cili api
  • Bawang besar (dihiris)
  • Bawang putih (dihiris)
  • Kicap manis
  • Kicap manis pedas
  • Kentang

Cara-cara:

  1. Goreng ikan bilis sehingga garing, kemudian angkat dan ketepikan.
  2. Goreng ubi kentang yang telah dipotong memanjang sehingga masak garing. Angkat dan ketepikan.
  3. Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris bersama cili api sehingga wangi.
  4. Masukkan kentang dan ikan bilis yang telah digoreng ke dalam kuali.
  5. Tuangkan kicap manis dan kicap manis pedas secukupnya.
  6. Gaul semua bahan sehingga sebati dan bercampur rata.
  7. Sesuaikan rasa dengan garam dan gula mengikut cita rasa (jika perlu).
  8. Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Abi Mohd Arbi

Baca juga: Resipi Bawang Goreng Guna Air Fryer, Hasil Rangup Elok Macam Guna Minyak

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN