
Resepi iceberg cheesecake ini memang lain sikit dari cheesecake biasa kerana gabungan lapisan keju yang ringan dengan topping coklat yang pekat menjadikannya lebih “rich” dan memikat selera.
Kek ini sangat sesuai untuk sesiapa yang nak cuba buat kek sendiri di rumah, tak kira untuk hidangan keluarga atau majlis kecil-kecilan. Walaupun nampak macam mewah, cara penyediaannya sebenarnya tidaklah terlalu susah kalau ikut langkah dengan betul.
Menariknya lagi, iceberg cheesecake ini boleh jadi pencuci mulut yang “fancy” tanpa perlu beli di kedai mahal. Sekali cuba, memang susah nak berhenti makan sebab rasa dia seimbang antara manis, berkrim dan sedikit pahit daripada coklat gelap.
Baca juga: Kek Oren Moist Gebu Yang Wangi Semerbak, Bau Saja Sudah Cukup Memikat Selera!
RESEPI ICEBERG CHEESECAKE

Bahan Bahan Kek:
- 800g krim keju
- 200g gula kastor
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 secubit garam
- 4 biji telur
- 24g tepung jagung
- 440g krim putar
Bahan Topping Coklat:
- 400g krim (whipping cream)
- 2 kuning telur
- 20g gula kastor
- 1 sudu kecil esen vanila
- 2 secubit garam
- 260g coklat gelap (dicincang)
Cara-cara penyediaan:
- Dalam mangkuk besar, satukan semua bahab kek dan putar menggunakan kelajuan rendah. Putar ebih kurang 1 minit sahaja, jangan lebih.
- Panaskan oven pada suhu 200°C terlebih dahulu. Sediakan loyang yang sesuai dan alas baking paper.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40–45 minit pada suhu 200°C.
- Sementara itu, sediakan topping coklat. Panaskan krim, gula dan garam hingga suam.
- Masukkan coklat gelap dan kacau sehingga cair dan sebati.
- Setelah sedikit sejuk, masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau hingga menjadi sos coklat yang berkilat dan pekat.
- Setelah kek masak dan sudah suam, tuangkan topping coklat di atas cheesecake.
- Sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam atau lebih baik semalaman untuk hasil yang lebih set.
Sumber: Thread @amnaadilrecipes
Baca juga: Resipi Kek Marble Coklat Matcha Gebu & Corak Cantik, Memang Buat Tak Sabar Nak Makan!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














