kek marble coklat matcha

Pasti tidak ramai yang terfikir untuk membuat kek marble coklat matcha, bukan? Rupanya gabungan warna hijau matcha dan coklat ini bukan sahaja mencantikkan rupa kek, malah menjadikan setiap potongan nampak lebih menarik dan menyelerakan.

Lebih menarik lagi, rasa kedua-dua perisa ini saling melengkapi. Aroma matcha yang lembut berpadu dengan rasa coklat yang sedikit kaya, menghasilkan kek yang tidak terlalu manis tetapi tetap memuaskan selera.

Selain itu, tekstur kek ini juga gebu dan lembut jika kena cara penyediaannya. Tidak hairanlah kek marble seperti ini semakin digemari kerana bukan sahaja sedap dimakan, tetapi juga cantik untuk dihidangkan ketika minum petang atau majlis kecil di rumah.

Baca juga: Resipi Kek Buah Kukus Moist & Padat, Ini Rahsia Supaya Kek Tak Hancur Bila Dipotong

RESIPI KEK MARBLE COKLAT MATCHA

kek marble coklat matcha

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur gred B
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan butter
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Sedikit emulco coklat
  • Sedikit emulco matcha

Nota: Jika menggunakan tepung gandum biasa, ayak bersama 2 sudu teh baking powder

Cara-cara penyediaan:

  1. Pukul telur, gula pasir dan esen vanila menggunakan mixer sehingga adunan menjadi putih dan gebu. Ketepikan dahulu.
  2. Dalam mangkuk lain, masukkan butter, tepung dan susu pekat. Pukul sehingga sebati dan warna adunan menjadi lebih pucat.
  3. Masukkan adunan telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter tadi sambil dipukul menggunakan kelajuan sederhana hingga sebati.
  4. Ambil sedikit adunan dan bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian campurkan emulco coklat dan satu lagi campurkan emulco matcha.
  5. Biarkan baki adunan sebagai warna asal (lebihkan bahagian ini untuk hasil marble yang cantik).
  6. Tuang adunan secara berselang-seli ke dalam loyang bersaiz 9×9 inci yang telah dialas dengan kertas minyak.
  7. Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar pada suhu 150°C selama 50 minit atau mengikut kesesuaian oven masing-masing.
  8. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebelum dipotong.

Sumber: Marsha Yanie

Baca juga: Resipi Kek Pisang Walnut Gebu, Ikut Sukatan Ini Supaya Naik Cantik & Tak Bantat

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN