Categories: Resipi

Resepi Gulai Kawah Kelantan, Lauk Kenduri Ini Buat Ramai Berselera Dengan Aromanya

Seharian di rumah pasti teringin juga makan lauk kenduri, jadi hari ini kami kongsikan resepi Gulai Kawah Kelantan yang cukup beraroma untuk anda cuba di rumah.

Gulai Kawah Kelantan adalah lauk gulai popular di negeri Kelantan yang dapat namanya kerana dimasak dalam kawah besar dan biasanya disediakan untuk majlis kenduri.

Tak payah tunggu jemputan kenduri kerana anda masih boleh buat di rumah dengan resepi Gulai Kawah Kelantan yang dikongsikan oleh Azizah Daud di Facebook ini. Jom kita cuba!

Baca juga: Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin, Guna Minyak ‘Ini’ Baru Ada Aroma Pengantin!

RESEPI GULAI KAWAH KELANTAN

Bahan-bahan:

  • 1kg daging (potong melintang nanti cepat empuk, basuh bersih dan toskan)
  • ½kg santan
  • 4 sudu rempah kari
  • 3 sudu kerisik
  • 5 biji kentang (buang kulit, potong)
  • Sedikit air asam jawa
  • Nise atau gula melaka
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan A (untuk menumis):

  • 1 labu bawang merah besar (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1cm halia (dimayang)
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang

Bahan B (untuk dikisar)

  • 2 labu bawang merah besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia

Cara-cara memasak:

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis semua bahan A sehingga garing dan masuk serbuk kari bancuh dengan sedikit air.

2. Kacau rata sehingga pecah minyak. Masuk bahan B, kacau. Masuk daging, kacau bagi sebati biar sehingga air daging keluar.

3. Tambah sedikit air kalau daging belum empuk. Apabila sudah empuk, masuk santan. Jika pekat, masuk air. Tengok sebanyak mana nak kuah sesuai dengan daging.

4. Masuk kentang, biar mengelegak dan mendidih.

5. Masuk air asam jawa, garam, gula, nise, secukup rasa dan kerisik. Biarkan mendidih merenih hingga pecah minyak. Siap untuk dihidang!

Semasa buat resepi Gulai Kawah Kelantan, anda perlu gunakan api kecil untuk didihkannya kerana semakin lama mendidih dengan api kecil, lauk ini akan semakin cantik dan sedap.

Selamat mencuba!

Sumber: Azizah Daud

Baca juga: Cara Masak Ayam Kicap Berempah, Biasa Jumpa Lauk Ini Di Kenduri Je

Aimi

Recent Posts

Resepi Nasi Beriani Mudah Guna Pes Beriani, Lengkap Dengan Ayam Bakar Dan Kurma Daging

Nak sediakan hidangan istimewa untuk keluarga? Resepi nasi beriani mudah perkongsian Nor Hafizah Ismail ini…

38 minutes ago

Resipi Ikan Tenggiri Masak Sambal, Kuah Masam Manis Meresap Sampai Dalam Isi Ikan!

Ikan tenggiri masak sambal masam manis merupakan hidangan yang sesuai untuk melengkapkan menu tengah hari…

47 minutes ago

Resipi Apam Mekar Zebra Coklat Gebu Dan Cantik Coraknya, Sekali Kukus Terus Jadi!

Resipi apam mekar zebra antara pilihan kuih yang menarik untuk disediakan. Bukan sahaja teksturnya gebu…

1 hour ago

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

17 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

17 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

17 hours ago