PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-12-15 05:19:51

Bagi penggemar makanan dari Negeri Sembilan, apa kata cuba resepi gulai daging salai dengan pucuk ubi. Ia merupakan hidangan ala kampung yang menyelerakan. Disulami dengan aroma bunga kantan bersama petai dan serai. Sangat menyelerakan dan sesuai dibuat untuk masakan makan malam bersama keluarga. Jadi mari kita cuba resepi yang dikongsikan oleh Muhamad Muktamin Abdul Karim di kumpulan Resepi Mama Ria di Facebook.

 

 

Kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim

 

 

Bahan-bahan:

  • Daging salai dihiris (jangan tebal sangat)
  • Pucuk ubi seikat (ditumbuk separuh lumat)
  • Bunga kantan sekuntum dibelah empat
  • Kalau ada boleh juga tambah sedikit terung rembang ditumbuk separuh lumat (bukan halus tapi agak-agak pecah sikit je) kalau rajin boleh je dibelah dua satu per satu.
  • Serai 3/4 batang diketuk saja
  • Santan kelapa 1 biji (ikutlah banyak mana dagingnya)
  • Cili api/padi, kunyit hidup dan garam ditumbuk bersama (boleh guna serbuk kunyit)
  • Garam secukup rasa

 

Kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim

 

 

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan kecuali daging salai (sebab daging salai memang dah masak)
  2. Masak sehingga mendidih dan pucuk ubi sudah lembut
  3. Masukkan daging salai kemudian biarkan masak sehingga kuah agak pekat, daging pun dah lembut (ikut selera masing-masing)

 

Kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim

 

 

Kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim

 

 

Selamat Mencuba

Kredit: Muhamad Muktamin Abdul Karim

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN