gulai daging pisang muda

Gulai Daging Pisang Muda ini sebenarnya satu menu tradisi yang kian ‘rare’ dan makin payah nak jumpa sekarang. Kalau dulu, inilah menu wajib yang selalu menghiasi talam di kenduri-kenduri kampung, terutamanya di sebelah Utara.

Namun, seiring peredaran zaman, kebanyakan kenduri kini lebih memilih khidmat katering dengan menu moden, membuatkan lauk ikonik yang penuh dengan nostalgia ini semakin jarang kelihatan di atas meja hidangan.

Ramai yang kata kalau masak sendiri kat rumah, rasa dia takkan sama macam kenduri kawah. Mungkin sebab aura masak secara ‘rewang’ guna kayu api itu yang membuat rasa dia sedap lain macam.

Walaupun tak ada kawah besar, kalau kena dengan teknik dan resipinya, tetap boleh buat kita teringat kenangan makan bawah khemah kenduri dulu. Jom kita tengok macam mana nak buat gulai ni bagi jadi dan rasa sebijik macam lauk kenduri yang kita rindu-rindukan itu!

Baca juga: Tak Perlu Banyak Bahan, Daging Belengas Ini Paling Ringkas Tapi Sedap Sampai Tambah Nasi

RESIPI GULAI DAGING PISANG MUDA

gulai daging pisang muda

Bahan utama:

  • 1 kg daging (rebus sampai empuk, potong kiub)
  • Pisang muda secukupnya (buang sedikit kulit luar, potong tebal)
  • 1/2 kotak santan pekat (campur dengan air rebusan daging)
  • 2 sudu besar kerisik
  • Minyak untuk menumis

Bahan kisar:

  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 5 ulas bawang putih

Bahan hiris (tumis):

  • 1 biji bawang besar
  • 2 inci halia
  • 5 ulas bawang putih
  • Daun kari & daun pandan (ikat simpul)

Bahan rempah:

  • 2 bungkus kecil rempah kari daging (dicampur sedikit air menjadi pes)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • Sedikit serbuk cili (untuk warna yang lebih cantik)

Cara-cara penyediaan:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan hiris bersama daun pandan dan daun kari sehingga naik bau dan kekuningan.
  2. Masukkan pes rempah kari dan cili kisar. Tumis sehingga rempah betul-betul masak dan pecah minyak. Rempah yang garing akan membuatkan gulai tahan lebih lama dan warna lebih menarik.
  3. Masukkan bahan kisar (bawang/halia/putih) dan tambah sedikit serbuk cili. Masak lagi sehingga tumisan pecah minyak dan menjadi ringan.
  4. Masukkan campuran santan dan air rebusan daging. Biarkan ia mereneh seketika.
  5. Masukkan daging yang telah direbus empuk tadi bersama 2 sudu besar kerisik. Biarkan gulai mendidih lama supaya rasa rempah meresap ke dalam daging.
  6. Akhir sekali, masukkan pisang muda. Masak seketika sahaja sehingga pisang lembut. Jangan masak terlalu lama supaya pisang tidak hancur.
  7. Siap! Perasakan dengan garam secukup rasa.

Sumber: Resepi Eny Abdullah

Baca juga: Cara Masak Nasi Daging Utara Yang Empuk, Resipi Lengkap Dengan Sambal Air Asam Kerisik

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN