Resepi gulai ayam merupakan lauk yang sesuai dimakan sepanjang hari. Waktu sarapan pagi boleh dimakan bersama roti, makan tengahari pula boleh dimakan bersama nasi.
Senang kalau masak gulai ayam ni, buat banyak terus untuk satu hari, tak perlu masak banyak kali dah. Yang penting, rasanya sangat sedap dan berbaloi untuk dimasak.
Jom kita cuba masak menggunakan resipi yang telah dikongsikan oleh Puan Azira Mamat di bawah.
Baca juga: Rahsia Kari Ayam Pekat Likat, Ini ‘Step By Step’ Cara Membuatnya
1. Panaskan minyak masak. Tumis cili boh, bahan kisar, rempah 4 sekawan, rempah kari dan rempah gulai cap bunga rose sehingga naik minyak. Masukkan satu demi satu bahan ni.
2. Masukkan ayam dan sedikit air.
3. Kemudian, masukkan gula melaka, kerisik dan asam keping.
4. Apabila ayam hampir separuh masak, masukkan kentang dan santan. Perasakan dengan garam.
5. Kacau sekali sekala sehingga ayam masak. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
6. Sedap dimakan dengan nasi panas atau dicicah dengan roti.
Kredit resipi dan gambar: Azira Mamat
Baca juga: Resipi Gulai Ayam Terengganu Style. Unik, Sedap & Punya Rasa Tersendiri
Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…
Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…
Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…
Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…
Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…
Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…