Resepi french fries bukan saja digemari oleh kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa. Kalau buat sendiri dijamin sihat dan bebas bahan pengawet.
Nak bagi dekat anak makan pun tak akan was-was sebab kebersihannya terjamin. Oleh itu, mari kita lihat cara membuatnya seperti yang dikongsikan oleh Fafae Mimie di bawah.
Baca juga: Resipi Fries Guna Sweet Potato, Rangup & Lebih Manis!
Bahan-bahan:
Cara-cara:
1. Pilih kentang yang bulat supaya senang untuk potong nanti. Cuci bersih dan buang kulitnya.
2. Kemudian hiris seperti dalam gambar di bawah.
3. Potong menggunakan hujung penyagat.
4. Hasilnya selepas siap dipotong.
5. Kemudian, rebus kentang di dalam air yang sudah didihkan. Rebus selama 6 minit.
6. Selepas 6 minit, toskan kentang menggunakan penapis.
7. Taburkan tepung gandum dan lada sulah ke atas kentang. Jika tak nak pedas, kurang lada sulah.
8. Kalau nak makan terus, goreng kentang sehingga rangup dan keperangan.
9. Jika untuk difrozenkan, goreng kentang sekejap saja sehingga separuh masak. Toskan minyak dan biarkan sejuk sebelum di simpan ke dalam peti ais.
10. Gaul dengan secubit garam, sedia untuk menjamu selera. Selamat mencuba!
Kredit resipi dan gambar: Fafae Mimie
Baca juga: Resipi Bakwan Yang Mudah, Kena Ikut Teknik Ini Baru Lagi Super Rangup
Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…
Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…
Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…
Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…
Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…
Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…