
Resepi durian burnt cheesecake memang antara pencuci mulut yang wajib dicuba setiap kali musim durian tiba. Gabungan rasa lemak berkrim krim keju dengan aroma durian yang kuat buat kek ini jadi kegemaran ramai, terutama peminat durian tegar.
Menariknya, kek ini tak perlukan teknik yang susah pun. Cuma kisar semua bahan, bakar dan tunggu ia sejuk. Hasilnya tetap cantik, lembut di dalam dan sedikit “burnt” di bahagian luar yang bagi rasa unik pada cheesecake ini.
Kalau sebelum ini anda biasa makan durian begitu sahaja, kali ini cuba ubah kepada versi dessert moden yang lebih mewah. Memang sesuai sangat untuk hidangan keluarga atau kalau nak buat jualan kecil-kecilan di rumah.
Baca juga: Resepi Bingka Durian Mudah & Ringkas Guna Blender, Satu Rumah Bau Harum!
RESEPI DURIAN BURNT CHEESECAKE

Bahan-bahan:
- 250g cream cheese
- 180g pes durian
- 2 biji telur
- 100ml whipping cream
- 2 sudu besar tepung jagung
- Secubit garam
- 65g gula (boleh tambah jika suka cheesecake lebih manis)
Cara-cara penyediaan:
- Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar sehingga betul-betul halus dan sebati.
- Sediakan loyang 6 inci dan lapik dengan baking paper supaya kek tidak melekat. Tuang adunan ke dalam loyang.
- Bakar menggunakan air fryer pada suhu 180°C selama lebih kurang 25 minit. Jika guna oven, masa pembakaran mungkin lebih lama bergantung kepada oven masing-masing.
- Selepas masak, biarkan kek sejuk dahulu sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dipotong.
- Untuk rasa lebih sedap dan tekstur lebih cantik, simpan semalaman dalam peti sejuk dan nikmati keesokannya.
Sumber: Instagram @timgreenturae
Baca juga: Khairul Aming Kongsi Resipi Durian Crepe Homemade, Mudah Saja Caranya!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














