resepi donut lembut

Jom belajar resepi donut lembut dan gebu ini. Teksturnya yang seakan kapas menjadikan ia snek kegemaran ramai tidak kira usia.

Bukan itu saja, donut ini juga pasti membuatkan anda makan tak cukup satu. Telan 10 biji baru rasa kenyang!

Bagi yang ingin mencuba, boleh lihat resipi penuh yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook di bawah.

Baca juga: Cara Buat Donut Frozen Gebu & Lembut, Boleh Goreng Bila-Bila Masa

RESEPI DONUT LEMBUT SEPERTI KAPAS

resepi donut lembut

Bahan-bahan:

  • 250g tepung high protein
  • 2 sudu besar gula kastor
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 4g yis
  • 1/2 camca teh garam
  • 5g cream super
  • 35g marjerin
  • Air sejuk dari peti ais + 1 biji kuning telur (jadikan jumlah 130g – 140g)

Cara membuat Donut Gebu:

  1. Campurkan semua bahan dan uli menggunakan mesin roti (BM) atau mixer. Apa yang penting, uli doh sehingga elastik.
  2. Setelah doh siap diuli, boleh terus dibulatkan (rounding).
  3. Setelah selesai rounding, rehatkan doh selama lebih kurang 10 minit.
  4. Kemudian, leperkan sedikit doh dan tebuk lubang di tengah menggunakan belakang nozel atau penutup botol.
  5. Perap selama 45 minit hingga 1 jam sehingga donut kembang dan ringan (bergantung pada suhu persekitaran dan kadar penggunaan yis).
  6. Goreng menggunakan api perlahan sahaja. Balikkan donut sekali sahaja di setiap bahagian supaya tidak serap minyak.
  7. Adunan ini menghasilkan lebih kurang 15 biji donut, dengan setiap doh seberat 30g.

Nota: Sukatan sudu adalah menggunakan sudu metrik.

Sumber: Meq Sue Sirak

Baca juga: Asyik-Asyik Donut Bulat, Jom Cuba Donut Bantal Yang ‘Crunchy’ & Berongga Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN