cara buat pau

Seronoknya jika dapat makan pau inti ayam yang sedap pada waktu petang. Selepas tahu cara buat pau gebu ini, anda boleh buat sendiri di rumah pada bila-bila masa.

Pau yang putih melepak dan gebu ini sangat mudah disediakan, dengan bahan yang ringkas dan langkah yang tak rumit. Intinya pula boleh disesuaikan ikut selera.

Kalau nak makan pau panas-panas yang gebu dan harum sebaik keluar dari pengukus, jom cuba resipi ini. Memang tak boleh berhenti makan!

Baca juga: Pau Goreng Kacang Merah, Ini Rahsia Dalam Yang Gebu Macam Kapas

CARA BUAT PAU INTI AYAM GEBU & LEMBUT

cara buat pau

Bahan untuk starter:

  • 200g tepung pau
  • 10g yis
  • 145g gula aising (boleh juga gula halus)
  • 285ml air suam

Bahan lain untuk doh:

  • 10g baking powder (boleh juga guna 2 sudu teh double action baking powder)
  • 400g tepung pau
  • ¼ sudu teh cuka (tidak wajib)
  • ¼ sudu teh ammonium bikarbonat (tidak wajib)
  • 50g shortening
  • 2g garam (½ sudu teh)

Bahan lain:

  • Inti kari ayam (boleh guna inti pilihan lain)
  • Potongan kertas minyak atau daun pisang sebagai alas

Cara membuat starter:

  1. Satukan air suam dan yis, kacau hingga yis larut.
  2. Masukkan tepung dan gula, gaul hingga rata.
  3. Tutup mangkuk dan rehatkan selama 1 jam sehingga kembang dan berbuih.

Cara membuat doh:

  1. Selepas 1 jam, satukan bahan starter dengan semua bahan doh lain. Uli selama 8-10 minit hingga doh licin dan kenyal.
  2. Tutup doh dan rehatkan selama 30 minit atau sehingga doh naik dua kali ganda.
  3. Bahagikan doh kepada bebola kecil (anggaran 50g setiap satu). Biarkan doh rehat selama 10 minit.
  4. Ambil sebiji doh, canai atau leperkan sedikit dan letakkan inti di tengah. Bentukkan bulat dan kemaskan.
  5. Letakkan doh yang telah dibentuk ke atas potongan kertas minyak atau daun pisang.
  6. Biarkan doh rehat selama 10-15 minit.
  7. Kukus menggunakan api sederhana selama 8-10 minit atau sehingga pau masak. (Resipi asal menggunakan api besar.)

Sumber: Mufidah Abdul Hadi Alyunusi

Baca juga: Tips Kukus Pau Supaya Cantik Dan Tak Kecut, Sesuai Untuk Yang Baru Belajar

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN