resepi donat gebu gebas

Nak buat kuih untuk dijadikan sebagai sarapan di rumah, bolehlah cuba resepi donat gebu gebas. Sebenarnya, cara membuatnya tidaklah rumit jika tahu langkah dan tips yang betul.

Oleh kerana ramai yang sering minta resepi donat gebu gebas bersama tipsnya supaya hasil menjadi, Nur Aiman terus kongsikan caranya dengan langkah demi langkah. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Donut Kapas Mudah Tanpa Telur, Hasil Lembut & Gebu Luar Biasa

RESEPI DONAT GEBU GEBAS

resepi donat gebu gebas

Bahan-bahan:

  • 1 paket yis
  • 3 sudu gula
  • 3 sudu susu pekat
  • 1 cawan air
  • 3 sudu buttercup
  • 3 cawan tepung (boleh tambah jika adunan lembik)
  • Secubit garam

resepi donat gebu gebas

Cara-cara buat:

  1. Rendam yis bersama gula dalam air dan biarkan sampai kembang lebih kurang dalam satu jam.
  2. Dalam bekas lain, campur adunan tepung, buttercup, susu pekat dan garam, kemudian uli sampai sebati.
  3. Selepas sejam, tuang campuran yis ke dalam adunan tepung dan uli sampai adunan licin dan tak melekat.
  4. Tutup dan biarkan selama 1 jam sampai adunan naik satu kali ganda.
  5. Uli semula dan bentukkan adunan dengan acuan.
  6. Tunggu sampai donat jadi ringan apabila diangkat, tandanya ia sudah cukup kembang untuk digoreng.
  7. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum masukkan donat supaya ia masak sekata dan tak serap banyak minyak.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Aiman

Baca juga: Resepi Donut Ball Mudah & Gebu Gebas, Sekali Gigit Cair Dalam Mulut!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN